Tips membuat cupcake


Aising
  • bila ingin menyediakan aising cupcake dengan cara yang paling cepat, gunakan whipped cream sebagai topping.
  • jika aising anda kembang dan gebu, hanya celupkan bahagian atas cupcake ke dalam adunan aising untuk hiasan.
  • untuk kekemasan dalam mendeko aising, gunakan piping bag dan nozzle.
Inti
  • bila ingin meletakkan inti di dalam cupcake, keluarkan sedikit cupake menggunakan nozzle yang diterbalikkan, isikan dengan inti dan letakkan semula kek tadi di atas inti, tutupkan dengan hiasan aising.
Tepung
  • bila menggunakan tepung kek, cupcakes akan menjadi lebih gebu, dan jika tiada tepung kek, boleh gantikan dengan tepung gandum yang kiraannya dibuang 2 sudu besar setiap satu cawan.
Adunan
  • jika ingin kek yang dibakar itu nampak lebih menarik, tambahkan cip coklat pelbagai perisa dan warna kedalam adunan sebelum dibakar.
  • cara cepat dan mudah untuk mengisi adunan kedalam cawan kertas ialah dengan menggunakan ice-cream scoop.
  • sentiasa mengisi adunan sebanyak 2/3 dari saiz cawan untuk mendapatkan cupcake yang cantik.
  • sentiasa menggunakan loyang cupcake ketika membakar adunan, kepanasan dari sekeliling cawan kertas akan mengelakan dari adunan melimbah keluar ketika dibakar.
Penyimpanan
  • cupcake yang dibakar pada malam sebelumnya, dan ingin di letakkan aising keesokan hari, boleh di balut dengan plastik untuk penyimpanan bagi mengekalkan kelembapan.
Suhu
  • pastikan oven telah dipanaskan pada suhu yang dinyatakan didalam resepi bagi mengelakkan adunan menjadi bantat.
  • setiap bahan yang ingin digunakan hendaklah di pastikan didalam suhu bilik, terutamanya telur dan butter.
Dikuasakan oleh Blogger.