TotBakeDesign : Bazaar Amal Hospis



Bazaar Amal Hospis31 Julai 2010

Kami amat bersyukur kerana mendapat pelawaan dari Hospis Malaysia untuk menjayakan bazaar amal yang diadakan bertujuan untuk mengutip derma bagi penghuni - penghuni di sini. 

Memang kami suka acara seperti ini, dan dialukan jugak untuk pertubuhan lain menjemput kami untuk bersama bagi program seperti ini. 

Apa itu Hospis?


Disini mana - mana pesakit dengan penyakit kronik yang sudah tidak boleh tinggal di hospital samada kerana masalah kewangan, sudah tidak ada harapan dan macam - macam lagi akan diterima dan dijaga oleh mereka sehingga sembuh atau hingga ke nafas terakhir.

Pesakit disini rata - rata terdiri dari masyarakat berbilang bangsa seperti Melayu, India, China dan pelbagai  kaum lagi..







Memandangkan acara bermula pukul 10 pagi, jadi pukul 9 kami dah sampai dan mula setup booth.. 



pelbagai produk menarik dijual oleh bermacam peniaga 








manakala yang kami jual pula...

cupcakes - Red Velvet, Peanut Butter, chocolate, butterscotch dan vanilla
Sugar cookies
chocolate chips - coffee, chocolate and strawberry 





ramai jugak orang datang.. kire tak putus - putus kami melayan pelanggan.. ^_^




budak - budak jangan cakap la macam mane seronok.. 

rata - rata pembeli kami adalah kanak - kanak yang berjaya memujuk  ibu dan ayah memborong untuk mereka hehe.. 


dipendekkan cerita.. barang jualan kami 99% habis.. tinggal dlm 10 biji cupcakes shj.. balik tu pula ada 2 deliveries.. jadi, baki 10 biji yang tinggal tu dibahagikan dan diberikan kepada kedua-dua pelanggan kami..

Alhamdulillah kami balik dengan hati yang riang ^_^

haa lupe nak beritahu, participation kami disini, boothnya free.. tapi proceeds tu bahagi 50-50 dengan Hospis.. 

Dikuasakan oleh Blogger.