Resepi & Tips : Aising Butter Cream







Ini adalah resepi yang paling ramai yang minta dikongsikan.. 

Ianya tentang cara - cara membuat aising buttercream yang enak dan gebu juga sangat cantik bila di paipkan, sebelum ini kami ada memberi pada mereka yang inbox kami terus, dan kini terus postkan sahaja yea supaya mudah untuk mereka yang lain mencubanya.







1/2 cup shortening
1/2 cup butter 
1 sudu teh esen vanila
4 cawan gula aising (di ayak 2 kali atau gunakan sahaja brand Prai, kurang ketulan gula tu)
2 sudu besar susu







Terus pukul butter dan shortening pada kelajuan high speed, pukul sehingga kembang, butter kembang bila warnanya bertukar dari kuning ke putih, dan masukkan esen vanilla.. 

Seterusnya masukkan gula aising satu demi satu cawan, pastikan sebati yang pertama baru masukkan yang kedua.. seterusnya sehingga habis 4 cawan... dan akhir sekali masukkan susu..

Pukul lagi sehingga buttercream nampak begitu kembang dan ringan dan barulah berhenti...

***
tip - tip yang mungkin berguna..

Pakai mata pemukul seperti dibawah ini... pastikan yea... sebab ianya akan menjadikan aising kelihatan sangat ringan.


Pukul butter terus pada kelajuan maksima, kalau ade speed no 5.. terus sahaja ke no 5.. icing akan cepat kembang dan ringan.

Jika ikut resepi 4 cawan akan dapat icing yang cantik.. namun agak manis.. jadi selalunya akan dikurangkan satu cawan jika untuk melitupi kek.. dan tambahkan 1 cawan itu bila ingin membuat piping bagi menjadikan aising itu keras sedikit.

Susu boleh tukar pada air.. tapi lebih sedap bila menggunakan susu.. dan susu terpulang untuk guna samada susu fresh milk atau fresh cream atau susu cair.. kami pernah menggunakan ketiga-tiganya dan semua nya menghasilkan rasa yang sedap.. 

Pukul aising selama yang boleh selagi tidak kembang... kerana aising yang ringan dan kembang akan menjadi sangat cantik bila di pipingkan menggunakan nozzle yang menghasilkan corak.




Dikuasakan oleh Blogger.