Tot Bake Design : Wanita Hari Ini, TV3

8 April 2011, Jumaat... 

mama tot ada terima call lebih kurang pukul 3.30ptg camtuh dari pihak Wanita Hari Ini (WHI) untuk totcupcakes.. lepas memperkenalkan diri, terus tanya 'free tak Jumaat depan..?' mase tu ingatkan nak mintak buat demo mendeko cupcake ke ape.. rupenyer nak mintak jadi tetamu untuk topik perbincangan 'peniagaan melalui internet, pilihan usahawan muda', pucuk dicita ulam mendatang.. kami terima dengan hati dan tangan yang terbuka.. memang tak sangka akan dijemput sebagai tetamu.. Alhamdulillah.. selain itu dipesan jugak supaya bawak produk - produk yang lain.

topik tu memang sangat berkait dengan perniagaan kami sebab memang kami nie 100% melalui online.. kalau diingatkan mase mule - mule berniaga pun, 10 customer pertama adalah dari online, memang tak kenal.. lepas tuh baru kenalan yang mula mengoder.. sampai sekarang pun.. rasanya 90% dari pelanggan adalah orang yang kami tak kenal.. tapi dari situ rasenyer 80% dah jadi kenalan rapat... maklumlah kebanyakkannya dah jadi regular customer kami.. sampai ade yang jumpe dah laga2 pipi dah.. hehe..

nasib kami di beritahu awal seminggu, jadi sempat jugak kami membuat preparation disamping order yang sedia ada.. walaupun tak dapat bawak semua, dapat jugak bawak sebahagian...

~***~

pada hari Jumaat, 15 April 2011 (tarikh keramat) kami ke studio WHI, Sri Pentas, sampai lebih kurang pukul 11.30pagi.. 

pengacara pada hari itu, Azizah Arifin dan Hazreena Kassim. Sampai je kitorang dkt area corridor 'WHI' kami disambut oleh Sherry ( pengacara AMmax). Sherry pun bawak kami masuk ke set 'WHI'.Wow!! terkezut gak tgk set tuh. Rupe2nyer, set' WHI' n ' Galaxy', sebelah menyebelah.  



Time sampai tu agak excited sebab memang rase sangat seronok dapat jumpe pengacara yang kita tengok tiap-tiap hari Isnin - Jumaat kat TV ada depan mata..

Kitorang diberikan tempat untuk 'place'kan cake,cuppies, hamper set and etc. Papa Tot yang buat susunan semua sebab mama to kena ke bilik sebelah untuk di touch up make-up.

Dessert tower nie ialah produk terbaru kami. Colorful menjadi konsep kami sebab kalau di order untuk besday nie, sure budak-budak pasti excited kan. Konsep kami reka dessert tower nie adalah untuk membajetkan kos untuk Candy Buffet @ Dessert table.. sebab semua yang ada kat dessert table tu boleh diletakkan disini.. ruang pun tak banyak nak pakai macam dessert table yang memerlukan satu meja khas.. tier pulak boleh jer didesignkan ikut macam mane majlis tu.. lagi senang dan jimat kan?  Macam2 produk boleh diletakkan atas tier nih. antaranyer ialah cupcake, choc dipped black sandwich cookie, chocolate chip cookie, choc spoon, choc dipped marshmallow, trifle pudding dan macam - macam lagi, cume time nie kami tak letak banyak2 sebab sekadar ada sahaja...

dah susun time nie.. ok tak hehe, sambil dioerang practice hinggat ke saat terakhir ke udara.. mama n papa tot dah start beramah mesra dengan kak Diah Wahab yang datang untuk membuat demo.. time tu kami tak nampak apa yang kakak nie buat.. ingatkan die nak jual barang yang berkonsepkan english deco. 

papa tot mengagumi mekanism camera pole tuh. Senang betul ditarik, tolak pusing, turun naik dan macam2 position lah. Nampak bulky tapi sempoi je cameraman tuh handle. Time 'WHI' nie ade 3 orang cameraman yang bertugas.



waktu ini dah bermula siarannya.. tengok camne profesionalnya mereka mengacara...

time yang paling gementar skali ialah masa diorang start counting untuk kami keudara.......

"floor ready!!... in 5,4,3,2,......."

Allahuakhbar waktu itu rasa gemuruh nyer jantung...




mase nie tengah tunjuk vt safi rania tu dan kisah kakak Rela tu.. kami  wakil2 dari totcupcake, fashionvalet & Miif Plus pun dipanggil untuk duduk di 'living room' WHI bagi memulakan rancangan..  time tu tuhan jer tau camner jantung berdegup2 kencang, rase macam nadi dah mengembang sebesar batang paip dan berbunyik2.. huh.. cuak abis...



agak lama termuramah kami berjalan.. lebih kurang 45 minit rasanya.. mmg banyak yang dibincangkan termasuk tips, pengalaman dan macam - macam lagi la.. 


waktu nie vivy dari fashionvalet.net nak balik, so cecepat kami bergambar.. seronok dapat kenal vivy nie.. dan sangat kagum ngan apa yang beliau buat.. idea beliau dan kejayaan beliau juga...

the guy yang nampak pemalu dan sopan tu dari Miif Plus.com, barang die bawak semua cantk2.. lagi2 korset kotak2 tu.. kalo i dah slim balik boleh la nanti shopping kat kedai you yer encik Song Pe Foo.. tengok gambar kedai die mmg sangat cantik.. harga pun sangat2 berpatutan dan murah.. check out la FB page die yea..  



untuk sesi akhir, ade protege jemputan dari rancangan mentor datang mendendangkan lagu.. 

protege Edry dan Afdlin Shauki.. waktu mereka menyanyi tu meremang bulu rome kerana terlalu sedap...

Bila selesai, sesi bergambar pun bermula.. 


Last sekali kami bergambar dengan Hazreena Kassim.. apepun pengalaman menjadi tetamu jemputan di WHI memang sukar untuk dilupakan.

Dikuasakan oleh Blogger.