Resepi : Nasi Tomato & Ayam Masak Merah


Datang keinginan untuk makan nasi tomato.. dan kebetulan tengok bahan- bahan pun ada, maka bole la buat.. sebab resepi ini simple sangat.. dan lauknya, saya gunakan resepi mama yang terbaik untuk ayam masak merah..

Nasi Tomato

Resepi nasi tomato nie makcik yang beri, sebab nasi tomato yang makcik buat memang best! dan dah jadi menu wajib kalo makcik buat makan - makan kat rumah die.. lalu kami minta diajarkan.. lepas dicuba sekali jadi favorite anak kami pula, kalau buat sahaja.. pasti bertambah nasi tu... maka kalau ibu-ibu nak cuba buat untuk anak yang kurang selera tu.. boleh la cuba yea.. 





Bahan A

2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak

2 ulas bawang putih - cincang
3 ulas bawang merah - hiris halus
1 inci halia - hiris halus
buah pelaga + bunga cengkih +  kulit kayu manis + bunga lawang

Bahan B

1/4 cawan susu cair
3 biji tomato di potong dadu kecil hancur
1/4 cawan sos tomato
garam + gula
3 pot - Beras (rendam dalam air selama 15 minit)





Tumis bahan A sampai naik bau, dan masukkan bahan B kecuali beras.. kacau sehingga sebati..

Masukkan ke dalam rice cooker, kalo nak terus tumis dalam rice cooker pun boleh.

Kemudian masukkan beras dan air sukatannya air macam masak nasi biasa.

Kacau sekerap mungkin.. tapi jangan sampai hancur nasi.. sekadar membalikan supaya nasi masak rata.. 




Ayam Masak Merah






1/2 ekor ayam di potong kecil
1 biji bawang besar - dihiris nipis
8 sudu besar cili giling
8 sudu besar sos tomato
2 inci halia - di potong nipis
2 batang serai - dititik
garam + gula






Tumiskan bawang + halia + serai sehingga naik bau dan masukkan cili giling dan sos tomato.. biarkan sehingga mendidih.. 

Kemudian masukkan ayam dan gaulkan sehingga rata.. masukkan juga gula dan garam secukup rasa.. 

Masak sehingga kering sedikit dan hidangkan...



selamat mencuba.. 
Dikuasakan oleh Blogger.