Resepi & Tutorial : Kek Batik Biskut Marie


Baru - baru ini teringin pula nak makan kek batik.. agak lama kami tak buat.. 

Teringat waktu tengah hot musim kek batik dirumah kami dulu, iaitu waktu mula-mula dapat resepi ini, mesti ada sahaja stok kek batik ini dalam peti, umpama wajib dijadikan dessert ataupun snek ketika menonton tv.

Pada kami, kek batik ini agak lain sedikit dari yang biasa kami buat, mungkin sebabnya resepi ini menggunakan coklat yang telah dicairkan sebagai ramuan utama.. 

Pengalaman pertama menikmati kek batik ini yang dibawa oleh rakan ketika majlis berbuka puasa, terkejut betul dengan kesedapannya.. memang best! Maka beliau berikan resepi ini dan Alhamdulillah.. menjadi setiapkali.

Untuk Mama Tot yang bukannya peminat kek batik sebelum ini, ( yang mana adalah setahun sekali sahaja buat) tapi selepas dapat resepi dari kawan tu.. memang seperti kami ceritakan, memang ada sahaja stoknya didalam peti )

jadi jom tengok resepinya yea..






250 gram Pure Butter (kalau jenis salted lagi sedap)
250g Coklat Masakan (dipotong halus)
3 sudu besar susu manis
6 sudu besar serbuk koko
2 biji telur (gred A)
1 kotak Biskut Marie







Mula - mula , cairkan butter ke dalam coklat cair.. 

kalau tak menggunakan cara double boil untuk coklat itu pun boleh, cuma cairkan butter dahulu.. dan dengan menggunakan api yang kecil, masukkan coklat kedalam cairan butter tu dan nanti coklat akan cair sekali, kacau sehinggalah sebati.


Kemudian, masukkan susu manis dan serbuk koko, dan kacau sehingga rata dan masukkan telur yang telah dipecahkan kedalamnya, 

sentiasa pastikan apinya kecil yea.. kacau sehingga pekat.. 


Untuk cara terakhir, ada dua cara yang boleh digunakan, iaitu

Cara 1


yang ini agak lain dari kebiasaan, anda masukkan adunan cair kedalam bekas dahulu, dan mula pecahkan biskut marie atasnya.. dengan ini biskut marie akan menyerap cairan adunan tapi masih meninggalkan rasa crunchy dibahagian tengahnya.





Mula menekan dengan menggunakan plastik supaya ianya padat...



Apabila sudah sejuk adunan didalam bekas, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais selama sejam - 2 jam ataupun sehingga ianya sudah menjadi keras dan padat supaya mudah dipotong.. 

atau

Cara 2

cara ini ialah yang biasa dibuat untuk rata- rata resepi kek batik, iaitu masukkan biskut marie yang sudah di pecahkan ke dalam adunan yang masih didalam kuali kemudian, gaulkan dengan senduk sehinggalah sebati kesemuanya, jadi biskut marie akan menyerap kesemua cairan dari adunan dan lembut keseluruhannya.

dan kemudian baru masukkan ke dalam bekas dan sejukkan didalam peti dan potong ketika dihidangkan.


Resepi ini, sebenarnyer sudah lama kami kongsikan di totcupcakes FB page.. dan berikut adalah feedback baik yang kami terima dari kawan kita yang sudah mencuba...


yang ini pula perkongsian gambar dari rakan FB yang juga telah mencuba resepi ini. thanks sebab sudi share Sue Aqmal.


Harap anda mencuba resepi ini dan mungkin boleh mulakan bisnes dari resepi ini, Insya Allah, Selamat Mencuba!

Dikuasakan oleh Blogger.