Tot Bake Design : Majlis Perkahwinan Adik Kami

Alhamdulillah,... 

Tanggal 18 September 2011 sah adik saya Poie diijabkabulkan dengan gadis pilihannya yang kami panggil Ita, berasal dari Solo, Indonesia.



Asalnya tarikh nikah nak buat on 9.10.11.. cantikkan tarikh tu.. tapi disebabkan masalah visa, majlis terpaksa diawalkan beberapa minggu sebelum.. (sebenarnyer jodoh dioerang sampai lebih awal kan.. ^_^) 

Jadi majlis resepsi pula yang akan dibuat pada tarikh 9.10.11 tu nanti..

Kenapa nak bercerita pasal majli mereka ini, bukan ape.. sebab kakaknyer nie di dipertanggungjawabkan membuat gubahan hantaran, 

Jadi nak share serba sedikit tentang hiasan hantaran ini.. sebab seronok betul membuat nyer.. maklumlah last buat mase majlis kawen sendiri 3 taun lepas.. bile dapat buat balik rase.. wahh.. bestnyer!

Ape pun nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada adikku dan pasangannya dari kami sekeluarga.

Mohon doakan jodoh mereka berkekalan ke anak cucu yea..







Dulang tu saye beli kat Romantika, harganya dalam RM39.00, dulangnyer ada lapisan kaca dan mempunyai wrought iron sekelilingnyer.. 

Saje beli yang jenis elok begini, sebab kalo dah abis majlis takde la dibuang terus.. bole recycle buat dulang minuman ataupun hiasan di rumah.

Inilah rupa dulang yang telah dibeli tu..  saja pilih yang besar sebab nak masukkan dua jenis hantaran didalam tu.


Bila melihatkan hiasan daun ni, maka terfikir nak beli hiasan ala berlian permata tu.. 


Berlian permata ini harganya lebih kurang RM5.90 untuk 20 biji (kalau tak silap)


close-up.. 


Untuk cover bahagian lapisan kaca bercorak dibahagian dalam tu, memandangkan kami ada banyak doily paper..

Maka,  cover dengan menampalkan banyak - banyak,  tak gunakan gam panas, tapi double-sided tape..

sebab ape..

senang nak cuci bile dah abis seme nanti.. sebab bahagian dalam tu kaca kan..

doily paper nie murah.. kat kedai pembekal barangan kek pun ade.. 

atau, di kedai barang hantaran pun banyak..


kami gunakan 3 saiz untuk doily paper ini..

tutup sampai tak nampak langsung lapisan kaca bercorak itu.. cuma yang bahagian tepi tu tak kisah sangat sebab lepas nie nak letak hiasan kat situ...


untuk hiasan tepinya, kami beli bulu-bulu reben (bak kate orang kedai tu, maaf saye pun tak tau ape ke namenye... )

due warna, satu hitam dan satu lagi ungu.. dipotong kecil -kecil..


Kami gamkan di sekeliling dulang secara berselang seli di bahagian dalam.. 

Proses menggunting reben nie.. pergghh mmg mencabar.. habis satu rumah berterbangan bulu-bulu halus darinya..  

dipendekkan cerita, maka.. inilah hasilnya.. namun waktu nie, ade sikit tak puas hati.. masih rasa kosong.. 


Godek barang-barang kraf tu.. maka terjumpe la labuci empat segi nie.. so tampalkan  la di setiap hujung besi tu..


Maka hasil terakhirnya..

Barulah nampak meriah.


Inilah hasilnya pada majlis pernikahan adik, sebenarnya kedua - dua bahagian hantaran ini ialah hiasan dari kami.

Sebagai idea, konsep dulang berhias ini, kalau digunakan untuk hiasan bagi majlis harijadi pun cun gak kan.. 

Gunakan untuk letak doorgift ataupun boleh juga letakkan diatasnya mangkuk atau pinggan berisi gula-gula atau makanan..


Selamat mencuba,

Jadi Rakan Kami
 
Dikuasakan oleh Blogger.