Resepi : Kek Coklat Basah

Resepi yang mesti dicuba bagi penggemar kek coklat, kek nie basah, lembab, spongy.. dan yang penting sedap..




*sukatan cawan ialah dalam metrik.

1 3/4 cawan tepung serbaguna
3/4    cawan serbuk koko
1 1/2 sudu teh  baking powder
1       sudu teh baking soda
1 1/2 gula kastor (resepi asal nak 2 cawan, jadi terpulang)
1       sudu teh garam

2    biji telur Gred A
1/2 cawan minyak
2    sudu teh vanilla
1   cawan susu (selalu kami guna susu segar)
1   cawan air panas



Panaskan oven pada suhu 177'c, letakkan kertas minyak pada bahagian bawah loyang, ketepikan..

Campurkan gula + tepung + serbuk koko + baking powder + baking soda + garam didalam mangkuk,  dan gunakan pemukul telur (egg whisk) untuk mengadun kesemua bahan sehingga bercampur semuanya. 

Tip dari rancangan Martha Bakes, kalau kalau kacau adunan kering menggunakan egg whisk nie tak perlu ayakkan tepung tu.... tapi terpulang..

Dalam mixer, pukul telur sehingga pecah kuningnya dan masukkan susu, minyak, dan esen vanilla. Pukul pada kelajuan sederhana selama 2 minit. 

Masukkan bahan kering dan kacau sehingga sebati, akhir sekali masukkan air panas, ketika ini adunan akan kelihatan cair, jangan takut.. ok jer tu.. 

Tuangkan ke dalam loyang, bakar selama 40 minit - 50 minit, atau check dengan pisau samada masih melekat keknya, kalau melekat, bermakna ianya belum masak lagi.

tolong yea.. oven kite semua lain-lain kepanaskannyer.. kene check walaupun resepi bagi masa tertentu atau permukaan kek nampak masak.. mesti check dibahagian dalamnya. ^_^


kami dah buat kek nie banyak kali.. memang result die sama jea.. cume kene ikut resepi bebetul.. dan tang bakar tu kene tau kepanasan oven.. takut terlebih panas, bole bantat.. itu jea.. 


selamat mencuba!

TERBARU : Kami mendapat banyak soalan di FB page kami samada resepi ini boleh dikukus, kami tak pernah cuba, namun ada rakan kita yang telah berjaya dengan mengukus kek coklat ini.. jadi tidak ada masalah untuk kukus dan nikmati kek coklat yang sedap ini..


Lagi satu.. ada yang bertanya tentang topping yang sesuai untuk kek ini.. sudah pasti kami akan cadangkan anda padankan dengan topping Ganache (resepi) yang sedap nie.. cube yea.. 

Kalau nak lebih mantap, potong dua kek tu dan lapiskan dibahagian dalam dan luar kek itu.. nikmati rasa coklat yang enak.. 

Kalau nak lebih dan lebih menarik lagi, boleh tambahkan coklat import dari timur tengah ChocoToT (klik sini) yang sangat sedap dan cantik untuk dijadikan dekorasi kek, anda boleh lekatkan coklatnya pada bahagian atas kek bila sudah disapukan Ganache

Jadi Rakan Kami
 

Dikuasakan oleh Blogger.