Info & Tips : Chocolate Curls


teknik membuat chocolate curls pada kek, 

caranya amat senang dan cepat, teknik yang boleh menjadi penyelamat bila ingin menyediakan hiasan yang mudah dan cepat pada kek atau cupcakes, hanya tempekkan coklat curls kan tu pada kek, itu sahaja..


kita boleh menggunakan menggunakan barang kat dapur bagi membuat chocolate curls, ianya jimat dan cepat.. yang selalu kami buat ade due jenis, iaitu jenis halus dan jenis lebar..

jenis halus

contohnya chocolate curls yang ingin dibuat ini adalah seperti kek diatas, ambil satu bar coklat tak kisah jenama apa dari peti ais.. asalkan milk chocolate

jika ingin menggunakan coklat masak pun boleh.. tapi rasanya tak sesedap milk chocolate.. 

dan dalam pada itu, ingin diingatkan, kita mesti pastikan suhu bilik tak terlalu panas, sebab komponen coklat amat mudah cair, kecuali jika kita menggunakan coklat masak.. 

baiklah, mula - mula ambil pemarut sayur atau peeler kulit buah dan parut.. 

thegraciouswife.com

parut pada kuantiti yang dimahukan, dan taburkannya atas kek.. 

pada bahagian tepi kek itu.. tempekkan sambil dialaskan pinggan pada bawah cake board, supaya yang jatuh tu boleh dikumpulkan dan di tempekkan semula.. 


jenis lebar tapi nipis

panaskan 1-1/2oz milk chocolate dan 1 sudu teh shortening dan cairkan pada api kecil, guna kaedah double boil, kacau sentiasa hingga coklat nampak berkilat..

ambil casserole dish, contohnya seperti gambar dibawah...
dan ratakan coklat pada permukaan dalam bakign dish itu.. ratakan sehingga tak nampak kaca tu dan biarkannya kering..

dengan menggunakan sudip yang selalu kita gunakan untuk menggoreng nasi atau bihun, yang lebar dan rata, kokot perlahan - lahan ke satu arah samada luar ke dalam atau sebaliknya... 

buat hingga terkeluar satu layer.. teknik ini akan menghasilkan chocolate curl yang nipis dan bergulung.. 

source: colourbox
dan... kalau nak jenis seperti ini, 
source:  my-sweet-life.com
caranya, kokot cepat dan berhenti, maka jadi akan terhasil dalam kuantiti banyak dan pendek

teknik mengangkat coklat pula.. gunakan samada senduk kayu atau ape - ape yang berkayu.. untuk mengelakkan ada kesan jari pada coklat.. terus hiaskan pada kek.. 

jika tidak terus dihidangkan, letakkan dalam peti sejuk untuk mengelakkan coklat menjadi cair.







Dikuasakan oleh Blogger.