Resepi & Tutorial : Ganache

 

Chocolate Ganache nie salah satu aising yang agak popular bila buat kek coklat.. lagi - lagi bagi penggemar coklat.. memang terasa coklat yang melimpah ruah bile menikmatinya.. 

Nak buat Ganache nie senang.. coklat + heavy cream.. campur dan dapat la Ganache.. cume teknik jea yang menjadikan samada ganache nie sedap dan tekstur nya cantik yang macam kita nak..

Ganache nie boleh buat tiga cara.. samada cair, kembang macam buttercream atau padat macam paipkan coklat atas cupcake.. semuanya dari resepi yang sama..

Selalunya kami gunakannya untuk menghiaskan cupcake dan kek, selain itu.. kami juga jadikan Ganache ini sebagai filing untuk cupcake dan crumb coat untuk cake yang mana menggunakan fondant.. kami lebih suke gunakan Ganache dari buttercream sebab teskstur Ganache agak padat berbanding buttercream selepas dibiarkan pada tempoh yang lama.. 

Baiklah, kami tunjukkan cara nak buat Ganache dulu.. dulu, kami belajar sendiri jadi tekniknya agak kurang mantap, 

lepas menonton cara membuatnya oleh seorang Chef Peranchis di LUXETV berserta tips - tips yang diberi, barulah kami cuba membuat caranya.. dan yezza.. memang best la jadi Ganache tu.. 
lagi likat..  berkilau.. sedap!



340 gram coklat
1 cawan heavy cream (untuk ketahui info berkenaan cream, lihat sini)




mula-mula, selepas ditimbang, potong kecil/halus kesemua coklat itu, sebab nya.. senang untuk cair semasa proses double boil itu,  


Apakah proses double-boil itu? 
Untuk mencairkan coklat masakan, memang menggunakan double boiler. Coklat diletakkan didalam bekas yang mengandungi air yang dipanaskan.. ianya diletakkan secara bertindih, hanya wap dari air itu yang akan mencairkan coklat.
Pastikan tiada wap air yang masuk ke dalam mangkuk berisi coklat itu kerana ia akan merosakkan coklat dengan menjadikkan nya keras dan berketul (nampak seperti rosak)


setelah dicairkan secara double-boil.. kalau boleh gunakan spatula getah.. jangan sesekali gunakan spatula atau senduk kayu.. kerana tekstur coklat akan menjadi kering dan kelihatan kasar.. sebolehnya Ganache ini kita mahukan ianya mempunyai tekstur berkilat dan cantik...



setelah cair... jadi keluarkan bekas coklat itu dari air dan sementara menunggu ianya sejuk, boleh di panaskan heavy cream


panaskan heavy cream itu, tapi jangan sampai mengelegak.. cukup sekadar nampak asap nipis keluar dari cream tu.. sebolehnya gunakan whisker mase panaskan.. pukul ketika dipanaskan itu sehingga nampak buih - buih kecil terhasil.



di sini kami aplikasikan tips yang dapat dari Chef LuxeTV itu.. Tuangkan heavy cream ke dalam ganache sedikit demi sedikit.

Iaitu, tuangkan satu senduk.. dan kacau terus sampai sebati.. 

dan ulangi proses sehingga heavy cream habis.. 



maka akhir sekali akan terhasil campuran Ganache yang sedap lagi lazat.. 

Tip untuk menghias cupcake cara paling mudah, tuangkan ganache yang cair nie..atau celupkan bahagian yang nak di aisingkan tu ke dalam ganache.. dan keringkan.. memang cupcake akan nampak kemas dan cantik...

Jika ingin dipaipkan.. kami akan tambahkan kandungan coklat menjadi 400 gram sebelum dicairkan.. dan selepas Ganache siap.. biarkan semalaman.. Ganache akan menjadi likat.. waktu itu barulah dimasukkan kedalam piping bag.. dan paipkan keatas cupcake atau kek..

dah lagi satu.. kalau nak buat aising macam buttercream pun boleh.. caranya sama macam buat whipping cream.. pastikan mixing bowl itu sejuk.. saya selalu masukkan mixing bowl tu dalam fridge lebih kurang sejam.. ketika ingin membuat aising, keluarkan.. masukkan Ganache yang likat tu (yang disimpan semalaman) dan pukul... akan terhasilah rupe macam mousse.. dan boleh paipkan... 

contohnya seperti ini...

Jadi Rakan Kami
 
Dikuasakan oleh Blogger.