Tot Bake Design : Cupcake Bouquet


Seperti biasa kalau order untuk hantaran, tak lain tak bukan mesti Cupcake Bouquet. Terima Kasih kepada Sharina Shereen, kerana sudi order bouquet ini dari kami yea. Konsep yang dikenakan kali ini lebih kepada warna pastel dan konsep ala English Rose Garden.. bersesuaian dengan warna majlis yang di berikan oleh pelanggan. 

Aising  bagi hantaran selalunya adalah royal icing, kecuali kalau diminta oleh pelanggan sebaliknya. Royal icing nie kurang potensinya untuk comot dan rosak berbanding buttercream, hantaran nie dari rumah nak sampai ke tempat nikah.. paham - paham la yea.. 

Maka, sebab itu kalau pelanggan nak order untuk surprise yang tersayang, yang mana kami tahu produk akan terus sampai kepada penerima, kami akan cadangkan buttercream.


untuk tahun 2013 ini kami buat kelainan sikit.. setiap bakul cupcake bouquet akan di balut dengan kain satin bagi menampakkan lagi gaya eksklusif padanya. 

asalkan nampak gah di atas dulang hantaran tu.. itu yang kami mahu.

berita baik bagi pelanggan - pelanggan kami, bagi semua penambahan ini tiada caj extra, kesemua ini adalah untuk memberikan yang terbaik bagi pelanggan - pelanggan yang setia bersama kami.  

Dikuasakan oleh Blogger.