Resepi & Tutorial : Kek Agar - Agar


Selamat Berpuasa...

sempena bulan Ramadhan ini, tentu galak kita dalam menyediakan juadah berbuka berbanding bulan - bulan sebelumnya... mood memasak pasti datang bertalu - talu.. maklumlah bila lapar semuanya nampak sedap dan pasti pelbagai resepi ingin dicuba.. namun apa salahnya kan kita gunakan waktu ini untuk menyediakan sendiri santapan enak berbuka untuk keluarga tersayang...

kami pun tak terlepas dalam berkeingin untuk mencuba juadah - juadah yang dikirakan special untuk santapan berbuka... sebab kalau dimasak banyak.. boleh sahaja di kongsi bersama jiran tetangga.. hantar sepiring dua ke pintu sebelah kiri dan kanan.. pasti mereka gembira...


resepi yang kami kongsikan ini adalah resepi yang agak menarik.. sangat sesuai dijadikan dessert ketika berbuka.. dan untuk membuatnya, boleh dikatakan mudah dan ringkas, bergantung pada jenis pilihan cara masakan yang kami nyatakan dibawah..


penyediaan cara 1

1 loyang kek butter yang sudah siap dimasak - dipotong dadu.
100 gram kepingan coklat masak - dicairkan 
1 pek Instant agar - agar berperisa buah.
1 cawan heavy cream - dipukul kembang
1 bekas bersaiz empat segi, seeloknya yang boleh ditutup kerana adunan akan dimasukkan ke dalam peti sejuk.

penyediaan cara 2

sediakan kek butter mengikut resepi ini :


250 gram butter tulen
250 tepung naik sendiri
180 gula kastor
4 biji telur gred A
1/2 cawan susu segar full cream

Panaskan oven pada suhu 180'c.

Pukul butter dan  gula sehingga kembang dan masukkan telur sebiji demi sebiji berselang - seli dengan tepung pada kelajuan sederhana sehingga bercampur sebati.

masukkan susu segar dan teruskan memukul pada kelajuan sederhana, berhenti sekali sekala dan dengan menggunakan scraper, kikis bahagian tepi didalam mixer untuk memastikan bercampur semuanya dan tiada ketulan. 

berhenti apabila adunan kelihatan kembang, masukkan kedalam loyang dan bakar pada selama 40 minit.

apabila masak, sejukkan dan potong kek kepada kepingan dadu.


1 bekas Ganache, boleh lihat resepi dan tutorial
1 pek Instant agar - agar berperisa buah
1 cawan heavy cream - dipukul kembang
1 bekas bersaiz empat segi, seeloknya yang boleh ditutup kerana adunan akan dimasukkan ke dalam peti sejuk.


sediakan bekas, dan masukkan kek yang telah dipotong dadu itu, dan tuangkan coklat cair / ganache keatasnya dan ratakan...


kek dibiarkan menyerap coklat cair / ganache sementara menyediakan agar - agar cair...

apabila agar - agar sudah mendidih di dalam kuali, tutup api dan biarkannya sejuk sedikit seketika...


tuangkan agar - -agar itu kedalam bekas berisi kek bersama coklat... tuang sehingga habis dengan memastikan kesemua bahagian kek terkena agar - agar cair itu...


sesudah penuh, ambil garfu dan tekan kek bagi memastikan bahagian atas juga akan menyerap agar - agar cair itu...


adunan akan kelihatan seperti ini dan bekas bolehlah ditutup dan diletakkan didalam peti sejuk lebih kurang sejam.


apabila ingin dihidang, pukul heavy cream sehingga kembang dan keluarkan bekas kek agar - agar dan terbalikkan diatas pinggan, letakkan whipping cream diatasnya dan boleh terus dimakan..



apabila dipotong maka inilah yang terhasil didalamnya.. butter cake yang dengan serapan coklat dan dibaluti oleh agar - agar.. ianya sangat sesuai dimakan ketika sejuk...


selamat mencuba!
Dikuasakan oleh Blogger.