Resepi & Tutorial : Kek Kurma


Pada bulan Ramadhan, buah yang paling popular iaitu buah kurma amat mudah didapati samada di pasaraya, bazaar ramadhan atau dari pembekal buah kurma yang menjual secara borong... pendek kata, bulan ini adalah bulan yang amat senang untuk kita dapatkan bahan utama resepi ini..

kek kurma pula amat sesuai dijadikan antara manisan berbuka.. selain dari mudah didapati, khasiatnya sebagai buah tidak dapat dipertikaikan lagi... boleh rujuk disini

dan bagi ibu - ibu yang menyusukan bayi.. boleh cuba jadikan sebagai makanan untuk membantu menambahkan susu badan.


kek

1       cawan buah kurma - dibuang biji dan dicincang
1       cawan kacang walnut - dicincang
1/2    cawan butter
1 1/2 tepung gandum
1       biji telur - dipukul
1       cawan gula castor
1       sudu teh baking soda
1       cawan air
1       sudu teh esen vanilla

warm sauce

1/4 cawan butter
1/3 cawan heavy cream
1/2 cawan gula perang





panaskan oven pada suhu 175'c dan sediakan loyang yang sudah di sapukan minyak...

di atas dapur, masukkan buah kurma didalam air dan rebus sehingga mendidih...


tutup api dan masukkan butter dan gula.. kacau sehingga gula larut... sejukkan lebih kurang 10 minit dan campurkan baking soda...


bila sudah sejuk, masukkan campuran ke dalam mixing bowl dan perlahan - lahan masukkan tepung, telur dan esen vanilla, kacau hingga sebati, kemudian keluarkan dari mixer dan masukkan kacang, kacau dengan senduk kayu..

Masukkan adunan dalam loyang dan bakar pada suhu yang ditetapkan selama lebih kurang sejam.. cucuk menggunakan pisau untuk memastikan kek sudah masa bila kek sudah mencapai 45 minit didalam oven.

sementara itu sediakan warm sauce diatas dapur...


panaskan kesemua butter, cream dan gula perang diatas dapur, kacau sentiasa sehingga gula larut dan sos mendidih.. sejukkan dan tuangkan keatas kek.


selamat mencuba!


Dikuasakan oleh Blogger.