Tips Membuat Biskut ~ 3



Petua Membuat Biskut

  1. biskut boleh dipotong sejurus selepas dibakar dan masak sepenuhnya bagi sesetengah resepi.
  2. apabila sisi biskut telah menjadi keras dan terpisah dari dulang pembakar, ketika ini anda boleh melihat samada ianya sudah masak dengan menggunakan lidi penyucuk, cucuk ke dalam biskut dan jika tidak melekit, bermakna ia telah masak sepenuhnya.
  3. anda harus membiarkan biskut sejuk terlebih dahulu sebelum memotongnya kepada kepingan kecil, kecuali jika dinyatakan atau ditunjukkan di dalam buku resepi supaya memotongnya ketika panas.
  4. seeloknya potong biskut dengan acuan biskut kerana biskut akan nampak lebih kemas dan sempurna bentuknya.
  5. sebelum memotong dengan acuan biskut, canaikan sebahagian kecil doh sahaja untuk memastikan ketebalan yang sempurna.
  6. sering taburkan sedikit tepung di atas pencanai, papan pencanai dan acuan untuk mengelakkan doh melekat apabila hendak memotongnya. gunakan penapis teh bagi memudahkan.
  7. biskut-biskut yang nipis, perlu dibakar dalam jangka masa yang pendek sahaja. untuk mengetahuinya, jika sisi biskut bertukar menjadi warna kuning keperangan, bermakna biskut tersebut telah siap dibakar.
  8. biskut mestilah disusun di atas dulang pembakar untuk memasaknya.
  9. jika anda membakar biskut ikut giliran, anda mesti pastikan yang dulang pembakar sejuk terlebih dahulu.

sambungan seterusnya : Tips membuat biskut ~ 4

[ Klik Disini ]

Dikuasakan oleh Blogger.