Tips membuat biskut ~ 2


Kenali Bahan Membuat Membuat Biskut


Gula

  1. berfungsi sebagai perasa manis pada biskut.
  2. jenis yang digunakan dalam pembuatan biskut ada beberapa macam seperti gula halus / aising, gula kastor iaitu gula pasir yang agak halus sedikit dan gula perang.
  3. penggunaan gula pasir dengan butiran yang kasar akan menyebabkan biskut menjadi melebar bila dibakar.
  4. kita boleh lihat bila penggunaan gula berlebihan dalam biskut, ianya akan mengakibatkan biskut melebar dan basah.
  5. bila ingin menggunakan gula, pastikan ianya tidak bergumpal dan mesti dalam keadaan kering.

Susu

  1. jenis yang selalu digunakan dalam pembuatan biskut ialah jenis tepung.
  2. hanya sesetengah resepi yang memerlukan untuk menggunakan susu segar itupun dalam jumlah yang sangat sedikit.
  3. elakkan memakai susu tepung jika keadaan susu itu berbau tengit, berkutu dan nampak seperti rosak.

Baking powder

  1. fungsinya untuk memberi rasa, menjadikan saiz biskut lebih besar dan lebih ringan.
  2. tidak boleh terlebih dalam pemakaian kerana akan menjadikan biskut rapuh dan pahit.
  3. elakkan menggunakan yang sudah tamat tempoh atau rosa kerana akan merosakkan biskut.
  4. setiap kali menggunakan, pastikan sudu kering dan tutup dengan kemas selepas digunakan. 
  5. simpan di tempat yang dingin, jauh dari cahaya matahari.

Bahan Inti

  1. sering biskut yang mana resepinya boleh dicampur inti seperti ceri, kismis, fruit mix dan kekacang seperti almond, kacang tanah dan gajus.
  2. bagi kismis, sebelum digunakan elok direndam dengan air suam supaya mengembang, buang airnya dan lepas itu barulah siap untuk digunakan.
  3. bagi kekacang pula, eloklah di sangai iaitu digoreng tanpa minyak terlebih dahulu, atau dibakar dalam oven bagi menjadikannya masak dan rangup.
  4. pilih kekacang yang berkualiti agar biskut bertambah lazat.

sambungan seterusnya : Tips membuat biskut ~ 3

[ Klik Disini ]

Dikuasakan oleh Blogger.