Resepi : Kek Mentega Lembap



Resepi kegemaran anak - anak saya... bahkan anak jiran pun... selalu dibuat atas permintaan mereka.. kek yang ringkas tapi sangat enak untuk dinikmati.. 

Menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati dan cara penyediaannya sangat mudah. 

Cuma pastikan kita kenali jenis dan suhu oven supaya kek tidak menjadi bantat akibat susu oven yang terlalu panas ketika dimasukkan. 

Dan pastikan juga kita melapiskan dengan kertas minyak atau minyakkan loyang supaya tidak melekat.

Hujung minggu ini bolehla cuba yea...


250 gram mentega 
(pastikan 100% mentega dengan melihat disini : Beza antara mentega dan majerin.)
350 gram gula castor
320 gram tepung naik sendiri
4 biji telur gred A
1 cawan susu
1 sudu teh esen vanilla




Panaskan suhu oven pada 175'c dan sementara itu sapukan minyak atau letakkan kertas minyak pada loyang.

Pukul gula dan butter sehingga kembang, dan masukkan telur satu persatu.

Campurkan esen vanilla pada susu dan tuangkan secara berselang seli dengan tepung dan diakhiri dengan tepung.

Bakar lebih kurang selama 35 minit atau sehingga pisau yang di cucuk tidak menampakkan kek mentah di tengah. 

Pastikan mula melihat kek pada minit ke 20 dan seterusnya sehingga kek nampak renggang dari loyang.

Sejukkan dan belah kepada dua bahagian.

Buat aising menggunakan resepi Buttercream dan sapu pada kek, hidangkan.


Selamat Mencuba!
Dikuasakan oleh Blogger.