Tot Bake Design : Motorsikal


Terima kasih tak terhingga kepada pelanggan setia kami Eissma yang sudi lagi memberi kami peluang untuk membuat kek unik berkonsepkan motorsikal sebagai kejutan kepada suaminya pada sambutan harijadinya baru-baru ini.

Kek beperisa Cuppacino beserta aising Cream Cheese Buttercream yang juga dicampurkan perisa Cuppacino adalah atas permintaan beliau, begitu juga dengan konsep motorsikal kerana katanya suami berura-ura membeli motorsikal.

maka kami cuba seperti biasa untuk membuat yang terbaik cuma kali ini hasil kreativiti fondant ini adalah hasil kerja Papa Tot sepenuhnya.


Cake Topper Motorsikal ini bukan fondant sepenuhnya, sebahagian besar bahagian dalam seperti tangki motor dan tayar adalah dari kek yang dibalut dengan fondant. Jadi ianya boleh dimakan.



Ekzos  dan sebahagian body dicat dengan warna silver dan dibiarkan semalaman untuk kering.


warna oren dan hitam adalah permintaan pelanggan sendiri.. garang betul rupanya... sangat sesuai dengan jenis motorsikal itu... 


next project ialah kek sebesar 26 inci untuk majlis harijadi si comel berusia 2 tahun.. akan kami update nanti...
Dikuasakan oleh Blogger.