Resepi & Tutorial : Puding Roti Telur Itik



Telur Itik, jarang sekali digunakan dalam pembuatan kek dan kuih muih... tapi sebenarnya kalau menggunakan telur itik di dalam pembuatan kek atau apa jenis kuih muih, ianya akan menjadi lebih gebu dan sedap. Untuk penggunakan telur itik dalam resepi, hanya gantikan setiap satu telur ayam dengan telur itik dan lihat hasilnya. Pasti terkesima atas kelazatan hasil telur itik ini.

Putih telur itik mempunyai lebih protin, manakala kuningnya mempunyai lebih lemak. 

dan seperti kata Jamie Oliver didalam www.jamieoliver.com

"This means the white builds a loftier structure when whipped and the extra fat makes the baked good richer. Fluffier and richer? Um, yeah! This, my friend, is how old farm ladies win state fair baking competitions."

jadi kali ini kita cuba gantikan telur itik didalam salah satu resepi yang mudah dan sedap ini iaitu Puding Roti.

Resepi ini diambil dari www.alrecipes.com yang mana mempunyai 5 bintang hasil udian beratus orang yang telah mencuba.. dan setelah kami sendiri pun mencuba.. kami pun ingin memberi 5 bintang atas kehebatan resepi ini.. bukan setakat kami, jiran-jiran yang kami berkongsi hasil masakan ini pun memuji betapa sedapnya Puding Roti ini. 

Resepi yang mudah ini pasti di gemari oleh kanak-kanak terutamanya.. resepi ini kalau dikurangkan gulanya, atau digantikan gula perang sepenuhnya.. boleh dijadikan sarapan pagi kerana ianya roti bercampur susu, resepi yang sangat sihat.. dan ketika dihidangkan.. hanya campurkan sedikit susu segar.. pasti anak-anak teruja menikmatinya!



1/2 buku roti - seeloknya dibiarkan kering sedikit.
2 biji telur itik,
1 1/2 cawan gula kastor
2 sudu besar gula perang
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1/4 cawan mentega, dicairkan
3 cawan susu


Racik-racikkan roti dan biarkan kering didalam loyang sementara menyediakan bahan lain.


Cairkan mentega dan tuangkan sama rata hingga meyerap hampir keseluruhan roti yang ada.


sementara menyerap itu, kita sediakan bahan cair untuk dituang ke dalam loyang.


Sediakan susu di dalam cawan besar dan masukkan gula, telur dan serbuk kayu manis kedalamnya.


Pukul kesemua campuran dengan whisker, sehingga bercampur dan nampak berbuih campurannya.


Tuangkan campuran cair ke dalam loyang.. tuang secara perlahan dan pastikan kesemua roti itu menyerap bahan cair itu.


Tekan menggunakan whisker supaya roti dibahagian atas turut meresap campuran cair itu.


Bakar pada suhu 190'c selama 45 minit dan keseluruhan atas akan menjadi warna keemasan bila sudah masak.


Hidangkan.


Selamat Mencuba!

Dikuasakan oleh Blogger.