Tot Bake Design : Cupcake Chair Box

Cupcake Chair box, yang ini di order oleh jiran kami... agak lama sebenarnya gambar ini.. kami terlupa...

Beliau membuat pesanan untuk dihadiahkan pada perkahwinan anak saudaranya dan ini dikirakan sebagai cenderahati VIP.


Cupcake ini di letakkan coklat strawberi sebagai topping untuk mengelakkan comot atau cair kerana cupcake ini akan berjalan hingga ke Terengganu waktu itu. 



Selalunya cenderahati ini kami gunakan royal aising bagi mengelakkan comot dan mudah bagi perjalanan jauh.. tapi kerana beliau tidak mahu aising yang terlalu manis, yang mana kita tau royal aising agak manis, jadi kami gunakan coklat berperisa strawberi sebagai aisingnya dan bila dimakan, rasanya lebih sedap dari menggunakan royal aising kerana tidak terlalu manis dan yang bagusnya ia tidak mudah comot berada didalam kotak tu. 



Semoga perkongsian ini  dapat memberi idea untuk pemilihan cupcakes bagi majlis anda, dan lupa kami nak beritahu cupcakesnya berperisa vanilla.. jadi bila digabungkan dengan coklat berperisa strawberi... kena sangat!



Dikuasakan oleh Blogger.