Resepi : Royal Aising

Adakah anda berminat dengan Royal Icing?

Royal aising ialah sejenis aising yang dihasilkan dari putih telur dan gula aising dan nampak cantik bila dah siap kerana kemasannya... kami suka! 

Namun begitu asing jenis ini agak manis.. jadi seeloknya diletakkan nipis sahaja samada pada biskut atau cupcakes... 

Saya ada terjumpa resepi (lihat illustrasi) dari seorang pakar membuat sugar cookies iaitu Sweetopia.. nampak sangat menarik dan boleh dicuba.. 


Ini adalah hasil kerja kami dahulu.. ketika mula-mula berkecimpung dalam dunia perniagaan cupcakes..

Untuk dapatkan hasil yang nipis seperti di dalam gambar itu, caranya ialah dengan mencelupkan bahagian dome cupcakes ke dalam campuran Royal Aising, kemudian, ketuk perlahan-lahan supaya aising yang masih cair itu menitik dan selebihnya melekat pada cupcake.. kemudian biarkan kering...

Selalunya penggunaan royal aising akan kelihatan sangat kemas dan cantik tapi tak juga kurang rasa pening waktu makan akibat terlalu manis.. 

Bunga ros dibahagian tengah itu pun dibuat menggunakan royal icing.. cuma resepinya dipekatkan sedikit.. 

ini adalah resepi dari Sweetopia yang saya katakan itu.. boleh cuba yea..

Jadi Rakan Kami
 

Dikuasakan oleh Blogger.