Info & Tips : Ovalette



Adakah anda biasa menggunakan Ovalette bila membuat kek?
Ovalette atau juga dikenali dengan Quick 75 ialah stabilizer atau emulsifier yang sering digunakan dalam pembuatan kek span.

Ianya bertujuan bagi memberikan kelembutan dan menjadikan kek span lebih gebu terutamanya bila didalam resepi itu juga menggunakan cecair seperti susu, jus buah, dan lain-lain.

Kenapa bila kita menggunakan cecair didalam resepi itu, Ovalette boleh membantu?

Ovalette atau juga sejenis emulsifier membantu penyatuan bahan yang tidak boleh bercampur seperti lemak dan cecair, maka dengan menggunakan Ovalette, ianya akan menjadikan lebih mudah untuk cecair berkenaan bercampur dengan telur, gula dan sebagainya.

Isu Halal.

Ini adalah isu yang agak kerap diutarakan kerana bahan - bahan yang terkandung di dalam Ovalette adalah terdiri dari lemak haiwan dan lemak tumbuhan. Jadi, lemak haiwan itu juga boleh terdiri dari unsur yang tidak halal.

Jadi setiap kali ingin mendapatkan Ovalette untuk masakan, kita hendaklah mengenalpasti samada ianya mempunyai logo halal. Anda boleh dapatkan pengesahan dari kedai yang menjual Ovalette itu tentang sijil halal yang menyatakan kesahihan unsur Ovalette itu adalah dari unsur yang halal.

Jadi Rakan Kami
 
Dikuasakan oleh Blogger.