Info & Tips : Yogurt



via: www.livingwithout.com

Yogurt berfungsi menambahkan rasa krim dan juga melembutkan kek. Ianya juga bertindak sebagai bahan pengganti untuk sour cream dan shortening. Yogurt juga enak jika dicampurkan dalam resepi kek keju bagi menambahkan lagi rasa masam manis cheese yogurt yang dicampurkan gula.



Proses pembuatan susu kepada yogurt merangkumi penukaran laktosa kepada asid laktosa. Selain menyumbang kepada keunikkan rasa sesuatu produk makanan, asid laktosa juga membuatkan makanan yang diproses tahan lebih lama. 

Yogurt mewujudkan enzim yang diperlukan oleh tubuh utk menyerap mineral yang terkandung di dalam bahan makanan berunsur tenusu dan banyak mengandungi protein. Kalsium, yang boleh di dapati dalam produk tenusu, perlu meresap dalam tubuh dalam bentuk asid matrik. Jadi, asid laktosa didalam yogurt adalah perantaraan yang sempurna untuk memaksimumkan penyerapan kalsium. Yogurt juga kaya dengan potassium, kalsium, protein dan vitamin B termasuk B12.

Yogurt terdapat dalam perisa asli dan perisa buah-buahan yang mana dicampur gula. 

Tahukah anda jika anda alah kepada lactose didalam susu, anda boleh menggantikan yogurt dengan susu dan boleh menikmatinya tanpa sebarang masalah, ini kerana pembuatan susu kepada yogurt merangkumi penukaran laktosa kepada asid laktosa. 




Dikuasakan oleh Blogger.