Resepi & Tutorial : Cheezy Crackers Layer Cake


Kek yang terhangat dipasaran.... 

disana sini ada sahaja berkongsi gambar sedang menikmati kek yang lazat ini.. dan dalam pelbagai kreativiti ianya dihidangkan.. ada yang letak M&M, sprinkles, dan juga dalam pelbagai perisa, ada bluerry, strawberry dan macam -macam lagi.. 

siapa sangka kek yang sangat menarik ini mudah saja pembuatannya.. tak perlu bakar.. tak perlu masak atas dapur.. kesemua adunan hanya perlu satukan sahaja.. dan ditambah dengan beberapa proses simple.. akan siap kek ini...

maka kami pun teringin untuk berkongsi juga.. tapi versi kami diletakkan gambar beserta resepi untuk lebih mudah dinikmati ramai...jom kita buat sendiri!


250 gram cream cheese
100 gram gula perang
80 gram butter
Biskut Cream Crackers
Madu
Nestum
Milo
Susu Segar


Masukkan butter, gula perang dan cream cheese yang telah dibiarkan dalam suhu bilik kedalam mixer.



Pukul pada kelajuan sederhana sehingga kesemua bahan telah bercampur dan nampak kembang dan berkrim. Gula perang itu akan hancur dan bila anda cuba rasa dengan jari, tiada lagi rasa berpasir..


Selesai membuat krim.. anda boleh menyediakan satu bekas untuk dibentukkan kek ini.. dan sepinggan susu.. rendamkan biskut Cream Crackers kedalam susu  sehingga lembut sedikit.. sebaiknya susu itu dipanaskan.. supaya tak perlu rendam lama untuk dapatkan efek lembut itu..


 kemudian boleh lihat seperti dibawah...



Ulangi proses tersebut beberapa kali sehingga samada biskut anda habis.. atau sudah sampai ketebalan yang anda mahukan.. 

kemudian simpan ke dalam peti sejuk sekurang-kurangnya dua - tiga jam atau sehingga cream cheese itu menjadi keras..




Ada beberapa idea dalam menyediakan Cheezy Crackers Layer Cake ini.. anda boleh menukar sesetengah bahan bagi mendapatkan rasa yang berbeza..

anda boleh tukarkan beberapa bahan berikut...

susu segar ~ bancuhan kopi, susu sejat, bancuhan milo.

madu ~ jem blueberry, jem strawberry, ganache, caramel, butterscotch, 

milo ~ horlicks, ovaltine, chocolate rice, kekacang, kepingan almond.

Ini hanya suatu yang kami fikirkan.. anda boleh tukar ikut kreativi dan kesukaan anda.. sebab apapun bahan-bahannya... rasanya pasti sedap!




Dikuasakan oleh Blogger.