Info & Tips : Single Cream or Double Cream?



Cream ialah sejenis produk tenusu yang mengandungi lemak susu. Peratusan lemak didalam tenusu itu dilihat dari segi jenisnya iaitu single atau double cream.
Terdapat dua jenis krim yang berbeza dalam penggunaan masakan iaitu 

  • single cream  krim yang tidah boleh diputar, hanya dituangkan dalam masakan, hidangan pencuci mulut dan sebagainya. 
  • double cream atau whipping cream yang boleh diputarkan dan dijadikan hiasan diatas kek.
Sebelum menggantikan single cream dengan krim yang lain, anda harus tahu fungsi krim tersebut di dalam resipi itu kerana ia akan mempengaruhi hasilnya kelak. 

Jika krim hanya dimasukkan untuk memberikan rasa lemak pada kek atau menghaluskan teksturnya, anda boleh gunakan mana-mana jenis krim pun. 

Jika ia perlu dipukul hingga kental terlebih dahulu, gunakan whipping cream.
Jadi Rakan Kami
 
Dikuasakan oleh Blogger.