Resepi : Kek Mentega Badam




Kek yang popular di rumah kami.. selalu dibuat untuk makan petang...

sebabnya, rasanya sangat menarik dengan campuran kacang badam yang garing tu... dan kombinasi kek dan badam tu memang buat kami tak puas makan dengan satu potong sahaja!

kek ini kalau ikutkan simple sahaja cara pembuatannya... dan kalau anak-anak jenis yang sukakan kekacang.. memang ini pilihan terbaik untuk dicuba...

1 biji Kek Mentega Lembap - lihat resepi
300 gram Aising Buttercream - lihat resepi
120 gram Badam Keping



Bakar Badam pada suhu 160'c selama 5 minit sahaja.. ketepikan.

Potong Kek Mentega Lembap pada dua bahagian dan sapukan aising. Tindan kedua kek itu dan sapukan aising ke sekeliling kek.

Taburkan badam pada sekeliling kek dan hidangkan.

Tip: kalau sedapkan lagi, sapukan jem resberi atau strawberi pada bahagian dalam kek. Rasa buah akan membuatkan lagi menarik.




Dikuasakan oleh Blogger.