Resepi & Tutorial : New York Times Chocolate Chip Cookies


Resepi kali ini berbunyi lain sikit dari kebiasaannya kan.. mesti ada yang tertanya.. kenapa ada perkataan New York Times, bukan sekadar Chocolate Chip Cookies.. ini kerana resepi Chocolate Chip Cookies ini menjadi terkenal selepas di letakkan di website New York Times pada tahun 2008. 


Resepi ini umpama sebuah fenomena lagi-lagi selepas itu apabila banyak muncul dalam Pinterest dan selepas mencubanya ramai yang mengatakan ianya sangat sedap.. 

Maka kami pun seperti biasa pasti akan mencubanya.. dah yup.. memang betul.. sangat sedap! kelebihannya mungkin pada cara penyediaan yang memerlukan kita menyimpan adunan ini semalaman dalam peti sejuk! 

oh itu satu penyiksaan bila nak kena bersabar selama itu ketika buat Chocolate Chip Cookies ini, namun hasilnya berbaloi sangat.... kalau ikutkan hati memang habis satu adunan sekali mengadap.. lebih lagi pada anak-anak.. memang asyik nak makan ini sahaja.. sampaikan kena sorok.. 

cerita punya cerita.. apakata jom kita cuba...

2 cawan (dibuang 2 sudu besar) tepung kek
1 2/3 cawan tepung serbaguna
1 1/4 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh garam 
1 1/4 cawan mentega / butter
1 1/4 cawan gula perang
1 cawan (+ 2 sudu besar) gula kastor
2 biji telur gred A
2 sudu teh esen vanila
3 cawan cip coklat (resepi hanya perlukan 2.5, tapi kami suka coklat yang banyak)

Ayakkan kedua - dua tepung dengan garam, soda bikarbonat dan baking powder, kesemua bahan kering kecuali gula dan ketepikan. 

Pukul mentega dan gula hingga adunan menjadi kembang (warna berubah dari kuning menjadi putih) dan masukkan telur sebiji demi sebiji sambil teruskan memukul.

Masukkan Esen Vanila dan kurangkan kelajuan memukul sekadar untuk memberi ruang esen untuk sebati kepada adunan. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit bahan kering yang telah diayak tadi dan pukul secara perlahan. 

Masukkan cip coklat dan kacau hingga sebati.. adunan yang sudah siap itu samada dimasukkan kedalam bekas yang kedap udara.. atau kami cuma tutupkan bahagian atas dengan plastik dan letakkan kain diatasnya untuk menjadikannya kedap.. 

Simpan didalam peti sejuk semalaman atau lebih.. 24 -36 jam itu adalah masa terbaik.. lebih lama lagi bagus.. 

waktu ingin membakarnya... keluarkan dahulu.. tengok tu berjuta-juga cip coklat diletakkan...


Gunakan scoop aiskrim untuk lebih cepat dan memudahkan kerja..

 


Bakar pada suhu 175'c selama 15-20 minit.. kenali oven anda.. kalau cepat panas.. kena sentiasa check dan anda akan nampak bila ianya sudah masak...




Sejukkan dan hidangkan..


Tips 
  • Pastikan suhu oven anda tepat.. jangan terlalu panas atau kurang,
  • Jangan letakkan setiap Chocolate Chip Cookies terlalu dekat sebab dalam proses memasak jika ianya lembut dan cair, akan bercantum dengan yang lain,
  • Nak lebih sedap.. sprinkle sedikit garam pada permukaan adunan sebelum dibakar.. nanti akan ada kombinasi rasa,
  • Bakar sehingga bahagian tepi nampak kekuningan dan tengah nampak masak tapi masih lembut, 
  • Sentiasa pastikan yang Chocolate Chip Cookies ini sudah sejuk keseluruhannya sebelum diletakkan didalam balang untuk disimpan, ini untuk mengelakkan dari mudah bercendawan.






Dikuasakan oleh Blogger.