Tips Membuat Biskut ~ 4


Potong Biskut Dengan Acuan Biskut
  • Canaikan sebahagian kecil adunan setiapkali untuk memastikan ketebalan yang sempurna.
  • Taburkan sedikit tepung di atas pencanai, papan pencanai dan acuan untuk mengelakkan doh melekat apabila hendak memotongnya.
  • Biskut-biskut yang nipis perlu dibakar dalam jangka masa yang pendek.  Jadi, jika bahagian tepi biskut bertukar menjadi warna kuning keperangan, bermakna biskut tersebut telah siap dibakar.


Biskut yang Disusun di atas Dulang Pembakar untuk Membakar

  • Biskut ini sangat mudah untuk disediakan.  Anda hanya perlu mencampurkan kesemua bahan-bahan sehingga menjadi doh.  Seterusnya ambil doh dengan sudu dan letakkan di atas dulang pembakar untuk membakar.
  • Jika anda membakar biskut ikut giliran, anda mesti membiarkan dulang pembakar sejuk terlebih dahulu.
Potong Biskut Selepas Dibakar dan Masak Sepenuhnya
  • Apabila sisi biskut telah menjadi kering dan terpisah dari dulang pembakar, anda boleh menggunakan lidi penyucuk untuk dicucuk ke dalam biskut.  Jika tidak melekit, bermakna ia selesai dibakar dan masak sepenuhnya.
  • Potong biskut apabila ia masih panas jika dinyatakan atau ditunjukkan di dalam buku resepi.  Jika tidak, anda harus membiarkan biskut sejuk terlebih dahulu sebelum memotongnya kepada kepingan kecil.
Jadi Rakan Kami
 
Dikuasakan oleh Blogger.