Info & Tips : Telur


Telur
  • Perbezaan Telur Gred A dan Gred B 
    • Telur Gred A lebih besar dari Gred B. 
    • Namun jika tiada telur Gred A, gunakan telur Gred B jika sukatannya tidak ketara jika adunannya sedikit atau ketika menggunakan kuningnya sahaja.
  • Jika telur yang ingin digunakan itu sejuk, (baru keluar dari peti sejuk) 
    • rendam dalam air atau air suam untuk menjadikannya pada suhu bilik.
  • Penggunaan Telur dalam pembuatan biskut,
    • Telur berperanan sebagai 'gam' yang melekatkan adunan biskut.
    • Telur akan menggebukan biskut dan memberikan rasa lemak.
    • Penggunaan telur berlebihan akan menjadikan biskut mengembang dan melebar.
    • Resepi yang hanya menggunakan kuning telur akan terasa lebih empuk dan lembut berbanding jika menggunakan keseluruhan telur.
    • Putih Telur sering kali dibuang kerana ia sedikit hanyir dan mengeraskan adunan biskut. 
    • Pastikan telur yang digunakan dalam keadaan baik, tidak busuk.
  • Elakkan Hanyir telur dalam puding,
    • Jika diperhatikan putih telur, ada bahagian yang lebih pekat dari yang lain, asingkan yang itu. Itu dipanggil 'pusatnya' 
    • cara mudah mengasingkannya, asingkan kuning dahulu.. dan seterusnya gunakan jari sahaja untuk membiarkan putih telur turun kedalam bekas, sementara 'pusat'nya itu tinggal di jari.
  • Penggunaan Kuning Telur Dalam Tat Nenas,
    • Kuning Telur akan menggebukan kulit tat berbanding menggunakan keseluruhan telur termasuk putih telur,
    • Penggunaan keseluruhan telur akan menjadikan Tat itu keras.
  • Putih Telur di dalam biskut Makmur,
    • Berbeza dengan biskut lain, ada sesetengah resepi biskut makmur hanya memerlukan putih telur dan bukan kuningnya, ini kerana supaya ianya menjadi lebih putih dan keras beranding gebu dan kekuningan. 
  • Cara Untuk mengetahui samada telur itu masih baru atau sudah lama. 
kredit : Wikihow

Dikuasakan oleh Blogger.