Tutorial : Standing Hearts

Ini ialah design kami yang paling popular sehingga kini.. waktu itu kami gelarkan design ini Standing Hearts bila ada pelanggan yang ingin menempahnya.. walaupun kami ada letakkan kod pada gambar itu.. cc-003 kalau tak silap.. 

Cuma design dulu kami tak letak swirl yang umpama bunga ros tu.. terus sahaja kami benamkan deko hati itu terus pada aising.

Ini deko yang agak mudah.. dan kalau ditambah mengikut kreativiti, mungkin anda boleh buat lebih cantik dari ini.


Ini adalah sebahagian tempahan dengan design Standing Hearts dahulu...



 

 

  

 

Boleh nampak kepelbagaian yang boleh dihasilkan dari deko Standing Hearts ini.. 

Menarik kan, jadi mari kita tengok apa yang diperlukan untuk menghasilkan deko ini..


  • sebiji cupcake, boleh cuba mana-mana resepi 
  • aising buttercream, lihat resepi
  • nozzle tip #22
  • beg piping bersaiz S
  • sarung tangan plastik
  • deko berbentuk merah hati atau lebih dikenali dengan Jumbo Heart Sprinkles
  • deko silver balls


  • Bakar cupcakes dan selepas disejukkan, sapukan aising secara rata.


  • Masukkan aising ke dalam plastik yang sudah di isi dengan buttercream, paipkan secara bulat dibahagian atas - tengah cupcake yang sudah di sapukan aising secara rata itu.


  • Kemudian, ambil deko hati itu dan benamkan hujungnya disebelah kiri.. 


  • Disebelah kanan untuk menjadikannya sepasang.. 




  • Kemudian letakkan dua biji silver balls di bahagian depan dan belakang Standing Hearts itu.


Deko yang simple tapi amat menarik.. hujung minggu ini sambil membakar cupcakes, boleh juga deko sebegini untuk menaikkan mood makan sesuatu yang 'comel'.
[ Klik Disini ]

Dikuasakan oleh Blogger.