Resepi : Puding Trifle Strawberi





1 pek swiss roll perisa strawberi
1 kotak Instant Jelly perisa strawberi
1 tin fruit cocktail 
1 tin susu cair 
1 tin air
4 sudu besar gula castor
4 sudu besar tepung kastad




Potong swiss roll dalam ketebalan 2 cm dan susunkan dibahagian bawah mangkuk trifle, untuk nampak cantik, gunakan bekas yang transparent. 

Kemudian, tuangkan air sahaja dari tin fruit cocktail ke atas swiss roll supaya jadi basah dan biarkan dahulu.

Seterusnya, campurkan susu cair, air dan gula ke dalam periuk dan masak diatas dapur sehingga mendidih. sambil itu campurkan tepung kastad dengan air sejuk (jangan air panas kerana nanti ianya akan jadi berketul) dan masukkan kedalam periuk. 

Kacau hingga sebati kesemuanya sambil menutup api.. dan tuangkan diatas lapisan kek tadi. Bila sudah penuh dengan jeli, biarkan nampak seperti sudah sejuk sedikit lapisan atas, tuangkan separuh buah dari tin fruit cocktail.

Sementara masih panas, masak instant jelly dan bila sudah ditutup api dan dibiarkan sejuk sedikit, akhir sekali tuangkan keatas fruit cocktail sehingga menutupi buah dan taburkan baki Fruit Cocktail itu nanti.


Sejukkan dahulu sebelum dimasukkan kedalam peti sejuk. Keluarkan bila sudah keras dan hidangkan.




Dikuasakan oleh Blogger.