Info & Tips : Peralatan Membakar



Banyak alat yang digunakan dalam pembuatan kek, biskut, dan segala menu yang perlu dibakar. Mulai dari alat untuk memproses adunan, percetakan hingga ke proses pembakaran. Pada dasarnya alat untuk membakar hampir sama kesemuanya. Namun ada beberapa alat khusus digunakan untuk membuat biskut, kek ataupun menu lain yang perlu dibakar.

Alat Mengukur

Alat mengukur merujuk kepada alat yang digunakan untuk membuat adunan seperti senduk, gelas, dan alat penimbang. 

Ada dua jenis timbangan iaitu timbangan jarum dan timbangan digital. Disarankan anda menggunakan jenis timbangan digital kerana mempunyai hasil yang lebih tepat.

Mangkuk Pengacau Adunan / Mixing Bowl

Mangkuk untuk mengacau ada pelbagai jenis yang dibuat dari melamin, plastik, stainless steel, seramik dan kaca tebal. Sebelum digunakan, pastikan mangkuk dalam keadaan bersih dan kering. Setelah digunakan, cuci dengan air hangat agar lemak yang bersisa pada mangkuk dapat hilang. 

Mixer

Ianya digunakan untuk mengadun segala jenis campuran tepung, telur dan air yang dipanggil adunan. Untuk tahap awal, gunakan kelajuan perlahan setelah adunan tercampur rata, kemudian naikkan kelajuannya hingga ianya dapat memukul dengan sebati hingga adunan menjadi kembang atau lembut. 

Tidak digalakkan untuk mengacau adunan dengan kelajuan tinggi dalam waktu yang sama kerana adunan jenis berkrim akan cair dan mengakibatkan bila dibakar ianya menjadi lebar, kurang menarik jika membuat biskut. 

Pengayak Tepung

Amat penting dalam menapis kotoran atau gumpalan pada tepung atau gula aising. Pengayak ada dalam pelbagai bahan samada plastik, ataupun stainless steel. Sebaiknya pilih pengayak yang mempunyai lubang yang halus dan juga, pastikan pengayak dalam keadaan bersih dan kering ketika digunakan.


Spatula

Fungsinya ialah bagi mengadun adunan iaitu ketika proses memasukkan tepung kedalam adunan cair. Spatula biasanya dari plastik ataupun kayu.

Rolling Pin

Alat yang digunakan untuk menipiskan samada adunan biskut ataupun fondant untuk dilapiskan pada kek. Ianya supaya adunan itu lebih mudah untuk dicetak menggunakan cutter. 

Tip supaya adunan tidak melekat pada rolling pin, masukkan adunan ke dalam plastik dan tekap dibahagian atasnya, ataupun gunakan tepung sebagai ejen untuk tidak melekat.


Cetakan Biskut / Cutter

Alat yang digunakan bagi mencetak adunan yang ingin dibakar menjadi biskut. Cetakan datang dalam bahan plastik ataupun aluminium. sebelum digunakan, cuci, keringkan dan celupkan dalam tepung sebelum dicetak. Ianya supaya adunan tidak melekat pada cetakan / cutter itu.



Loyang

Bagi membakar adunan, hendaklah menggunakan loyang, samada kek, kek cawan ataupun biskut, kesemuanya mempunyai loyang yang khusus. sebaiknya untuk membakar biskut, loyang hendaklah dalam saiz +- 2cm. Manakala, untuk kek cawan dan kek, loyang jenis tinggi digunakan supaya adunan membakar sekata.

Oven

Oven terbahagi kepada dua jenis iaitu oven gas dan oven elektrik. Pilih oven dengan kualiti yang baik. Sesuaiakan suhu oven dengan keperluan, jika memasak biskut, kek suhunya berbeza, dan juga jika pastikan suhu oven kita tidak terlebih panas atau kurang panas bila meletakkan suhu yang sama didalam resepi.

Jika terlalu panas, adunan akan bantat ataupun hangit dan mentah jika suhunya terlalu rendah.


Dikuasakan oleh Blogger.