Inspirasi DIY : (3 Gambar) Cara Menarik Meletakkan Buku Resepi Ketika Memasak!

Waktu nak memasak selalunya kita akan keluarkan buku ataupun keratan resepi yang ingin digunakan, dan kebanyakan kita akan meletakkannya di atas meja.


Jadi dalam kesibukkan menyediakan bahan atau sedang memasak, kadangkala buku ataupun keratan resepi itu menjadi kotor akibat terkena percikan ataupun bahan masakan itu tumpah terus keatasnya!

Ingin kami kongsikan 3 cara yang menarik dan boleh dicuba oleh anda selepas ini untuk meletakkan buku ataupun keratan resepi anda ketika memasak.

1. Pemarut

Jika anda ada pemarut jenis ini, senanglah!

Anda boleh gunakan pemarut ini selain dari memarut sayur-sayuran, dengan tapaknya yang rata, dan mempunyai lubang untuk dipasangkan tali, sangat kreatif bukan?

Anda boleh lihat penerangan lanjut dari Denise... on a whim tentang projek ini.


2. Penyangkut Seluar.

Macam tak percaya sahaja kan..

Betapa mudahnya bila anda boleh gunakan ini untuk memegang buku / keratan resepi anda dan gantungkan sahaja pada mana mana tombol kabinet dapur anda, dan jika tiada, hanya sediakan paku dimana - mana bahagian yang mudah untuk anda lihat nanti.

Cara ini memang sudah lama kami gunakan, memang berkesan!

sumber : google

3. Klip Binder.

Hanya kepitkan buku / keratan resepi anda dan hanya terus baca. Cuma mungkin untuk buku tebal ianya tidak sesuai.




Jadi anda boleh pilih cara yang mana mudah mengikut kesesuaian anda, atau mungkin kami akan kongsikan lagi Inspirasi menarik untuk penggunaan buku resepi yang tebal pula nanti.

Selamat Mencuba!


Dikuasakan oleh Blogger.