Tips membuat kek ~ 1

PERSEDIAAN MEMBUAT KEK

Membuat kek adalah umpama satu seni. Anda akan dapat membuat kek dengan sempurna jika mempunyai kesungguhan, minat yang mendalam dan yang paling penting kesabaran dalam menumpukan sepenuh perhatian ketika memasak.

Pengalaman juga amat penting untuk menjadikan anda mahir dalam mengenalpasti bahan - bahan, masa dan jenis oven anda yang amat penting dalam menjadikan kek anda sempurna.

Antara tips penting dalam pembuatan kek ialah:

1. Panaskan ketuhar mengikut arahan yang diberikan supaya kek anda tidak hangus atau mentah.

www.thekitchn.com

2. Sediakan segala alat - alat kelengkapan seperti pisau, sudu, dan sebagainya agar proses membuat kek tidak tergendala ditengah jalan.

3. Pastikan anda Sukat kesemua bahan dengan tepat. Jika ingin melebihkan sesuatu bahan, hendaklah ianya diubahsuai dengan bahan - bahan lain juga supaya kek ada dapat dimasak dengan sempurna.

www.gracefulcuisine.com

4. Loyang hendaklah disapukan dengan minyak dan ditabur tepung ataupun gunakan kertas lapik minyak untuk mengelakkan kek melekat pada loyang dan sekaligus merosakkan teksturnya ketika dikeluarkan.

5. Ingat anda jangan buka pintu oven dalam masa 20 minit pertama kek anda dimasak! Jika anda lakukannya dan jika ianya kerap, kek akan menjadi bantat.

Lihat sambungan : Tips membuat kek ~ 2

Dikuasakan oleh Blogger.