Inspirasi Bake & Design : Spongebob Squarepants



Filem terbaru animasi Spongebob iaitu Sponge out of water akan menemui peminat di Malaysia pada Bulan March 2015 nanti.

Eh tak sabarnya!

Sebabnya, kami sekeluarga memang peminat kartun Spongebob.. memang ternanti-nanti sambungan dari filem animasi Spongebob Squarepants yang pertama iaitu pada tahun 2004 dahulu.. lamanya kan!

Untuk kanak-kanak kecil mesti ramai yang sukakan Spongebob bersama rakan baiknya Patrick, rakan garangnya Squidward Tentacles dan bos kesayangan mereka iaitu Mr. Krabs'

Kisah dahulu seperti biasa Plankton yang ingin menguasai dunia Bikini Bottom dan berjaya ditewaskan oleh Spongebob dan Patricks.

Fakta menarik tentang animasi Spongebob Squarepants yang perlu anda tahu!


  • Animasi lucu ini diilhamkan oleh Stephen Hillenburg. Siapakah beliau? Hillenburg yang lahir di Oklahoma, Amerika Syarikat pada tahun 1961 ini bukanlah sembarangan orang. Beliau ialah ahli biologi laun malah pernah mengajar di Orange County Ocean Insititue. Beliau juga seorang pelukis dan pakar animas.
  • Animasi Spongebob diterbitkan oleh syarikat milik Hillenburg, United Plankton Pictures Inc dan siri pertamanya disiarkan di Amerika Syarikat pada 1 Mei 1999, melalui saluran Nickelodeon.
  • Sejak disiarkan, Spongebob terus mendapat sambutan hangat hinggalah sekarang. Kini ia disiarkan keseluruh dunia dan dialih ke pebagai bahasa.
  • Majalah TIME pernah menamakan siri kartun ini sebagai salah sebuah daripada 100 siri televisyen yang terhebat sepanjang zaman.
  • Siapakah watak utamanya? Tidak lain tidak bukan si span kuning bernama Spongebob. Watak lucu ini diambil daripada haiwan span laut. bagaimanapun, untuk siri kartun, ia dibentuk menjadi empat segi sperit span yang digunakan untuk membasuh pinggan dan memakai seluar kotak.
  • Spongebob tinggal di dalam buah dnenas didasar laut dan suka menangkap obor-obr serta membuat buih. Dia bekerja sebagai tukang masak burger Krabby Patty di restoran Krusty Krabs, milik Eugine H. Krabs (Mr, Krab).
  • Kawan baik spongebob ialah si tapak sualiman bernama Patrick Star yang tinggal dibawah sekeltul batu, sebelah rumah Spongebob. Wataknya bodoh-bodoh alang, kelakar dan sangat jujur.
  • Squidward Tentacles (sotong kurita) juga tinggal bersebelahan rumah dengan Spongebob, bekerja sebagai juruwang di restoran Krusty Krabs. Masalahnya si Squidward yang berhidung panjang serta sengau ini sentiasa berlaga angin dengan Spongebob. Ada sahaja yang digaduhkannya dengan Spongebob.
  • Eugine H. Krabs, si pemilik restoran Krusty Krabs pula gialkan duit, tamak serta pentingkandiri sendiri. Sebagai majikan, Krabs mengerah tenaga Spongebob dan Squidward demi mendapatkan keuntungan yang semaksimum mungkin. 
  • Kalau anda nampak ada watak siput yang manja, itulah Gary. Kelakarnya Gary hanya boleh berbunyi Meow sahaja, seperti kucing. Gary ialah haiwan peliharaan Spongebob.
  • Watak antagonis dalam siri karutin ini ialah si kecil bernama Sheldon J. Plankton, sempena hidupan seni yang menjadi makanan hidupan laut, plankton. Plankton memiliki sebuah resotan iaitu dipanggil Chum Bucket yang tidak mempunyai pengunjung langsung. Plankton cukup iri hati dengan Mr. Krab maka beliau melakukan pelbagai usaha untuk meranapkan restoran Krusty Krabs. Setiap hari beliau akan cuba untuk mencuri resepi Krabby Patty dari Restoran Mr. Krab. Malangnya tidak pernah berjaya.

Apa pula pengembaraan terbaru mereka kini yea?


Jom tengok design yang menarik bila bercerita tentang kek dan majlis yang bertemakan Spongebob Squarepants ini.


Inspirasi Bake

1.  Kek Buttercream dengan Hiasan Fondant - dibuat oleh kami sendiri. 



2.  Kek Fondant 3D - oleh Dizzy



3. Kek dengan cupcakes fondant yang sedondon. - oleh brattycakes



4. Kek bersalut dan dihias dengan karakter fondant. wow! - oleh Antonella Di Maria


5. Cupcakes! oleh Tracey Chooi



Inspirasi Design

Dessert Table


Nampak seperti Majlis Harijadi yang sangat meriah.


Antara tema yang mudah untuk dibuat sebenarnya.. sebab konsep Spongebob nie lebih kepada warna - warni.. colourful!



Baiklah.. mesti anda rasa mudah nanti nak buat kalau temanya Spongebob Squarepants kan.. 

Lepas nie anda nak kami tampilkan tema apa pula yea.. 

Jangan lupa komen yea.. 

Dikuasakan oleh Blogger.