INSPIRASI DIY : (10 Gambar) Kegunaan Muffin Tin selain tujuan membakar cupcakes!



"Kalaulah suatu barang itu banyak kegunaannya"..

Mesti itu yang selalu kita fikirkan.. betul tak? Lagi - lagi bila barangan itu tak selalu digunakan, contohnya Muffin Tin ini, kita bukannya selalu membakar, alangkah indahnya kalau ada kegunaan lain bagi apa yang disimpan tu.

Disini ada beberapa idea tentang penggunaan Muffin Tin yang selalu kita gunakan untuk membakar cupcakes itu kepada beberapa kegunaan yang lain.
Jom tengok!



1. Gunakan untuk meletakkan aising dengan warna berbeza ketika ingin mendeko kek atau cupcakes.




2. Bila beli fast food dan nak bawa air dalam paper cup yang lembut tu banyak2.. apakata kita gunakan cara ini, satu raga plastik dan 2 keping muffin tin.
Susah sikit nak tumpah kalau macam nie kan?



3. Para ibu bapa yang ada anak kecil dan ingin develop fine motor skill mereka, yang mana amat penting bagi pertumbuhan otak ketika peringkat awal, boleh gunakan kaedah ini, berikan mereka getah bersaiz besar dan galakkan mereka bermain dengan meregangkan getah itu menggunakan jari. ikut kreativiti, boleh bentukkan huruf dan shapes.
Kaedah ini memang bagus!




4. Bila anda pergi ber-picnic atau berkhemah, satu idea terbaik bila dapat dijadikan bekas menghidang untuk makanan dalam kuantiti yang sedikit.




5. Nak ajak kawan datang rumah, ketulan ais yang dibuat dari bekas ais biasa tu tak cukup puas nak sejukkan air, apakata kita buat saiz besar terus, lambat sikit cair dan kurang bercampur dengan rasa sebenar air yang dihidangkan itu. cool kan?




6. Hidup sebaiknya ber-organized!

Jadi dari dipenuhkan segalanya didalam drawer itu, apakata kita jadikan muffin tin ini sebagai organizer.. lebih mudah untuk mencari dan mengingati... dan mana yang tak pakai boleh sahaja dibuang.




7. Bila muffin tin dah agak buruk, spray dan boleh dijadikan tempat meletakkan lilin hiasan, bukankah kreatif namanya ini?

Lagipun selamat apabila lilin dibakar nanti.




8. Apakata tampilkan kelainan dengan menghidangkan aiskrim didalam mangkuk chocolate chip cookies?

gempak kan!




9. Bagi yang ada banyak aksesori kecantikan.. jom kita kemaskan dengan cara ini, dan letakkan didalam drawer.. kan lebih organized hidup ini nanti.


10. Untuk menyimpan warna yang berbeza bagi aktiviti pendidikan seni. Khas untuk cikgu - cikgu, mesti lebih mudah bila nak menyimpan kan?


Dikuasakan oleh Blogger.