Resepi & Tutorial : Cupcake Bran Wholemeal - Amat Sesuai Bagi Yang Sedang Berdiet.







1 1/2 cawan bran cereal wheat
1 cawan susu rendah lemak
1/2 cawan puree epal
1 biji telur
2/3 cawan gula perang
1/2 sudu teh ekstrak vanila
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam

Puree Epal 
4 biji epal - dibuang kulit dan dipotong kecil
jus dari 2 biji buah lemon
1 sudu teh gula perang
1/2 sudu teh serbuk kayu manis







Buat puree epal dengan merebus buah epal sehingga mendidih, kemudiah perlahankan api dan masukkan kesemua bahan lain dan kacau sehingga epal itu menjadi hancur. Sejukkan untuk digunakan pada cupcake nanti. Bakinya boleh di simpan di dalam peti sejuk dengan meletakkannya dalam bekas yang kedap udara.


Campurkan bran cereal wheat bersama susu dan biarkan ianya kembang selama 10 minit.

Masukkan puree epal, telur, gula perang, dan esen vanila. Kemudian masukkan bran cereal wheat yang sudah kembang itu. 

Masukkan tepung gandung yang sudah diayak bersama baking powder dan baking soda dan masukkan garam. Tambahkan sedikit dalam satu sudu besar bran cereal wheat yang kering itu dan kacau sehingga sebati.



Masukkan adunan kedalam paper cup, dan taburkan sedikit bran cereal wheat kering bahagian atasnya.



Bakar pada suhu 190'C selama 10 - 15 minit. Sehingga warnanya bertukar keemasan.


Dikuasakan oleh Blogger.