Tips membuat kek ~ 3


Sambungan dari Tips Membuat Kek ~ 2

MENGHIAS LAPISAN KEK


Bagi menghias kek, selesai membuat buttercream menggunakan resepi kami, anda boleh memudahkan proses menghias dengan memasukkan buttercream kedalam beg plastik segitiga atau juga dikenali sebagai piping bag, dan terus memicit isi aising keatas lapisan kek yang telah dibelah dua. 

Ratakan dengan spatula dan cantumkan dengan lapisan atas.

Kemudian anda ulangi proses sama pada bahagian atas kek dan corakkan atau kemaskan aising samada dengan menggunakan sudu, garfu, pisau ataupun spatula khusus yang diperbuat dari stainless steel.

via : pinterest


Tips penting sebelum menghias:

  • Pastikan kek dalam keadaan sejuk hingga ke bahagian tengah, kerana kek yang suam akan mencairkan aising.
  • Untuk mencegah kerosakan pada kek, keluarkan dari loyang setelah suhunya turun (sejuk) kerana struktur kek yang masih baru dikeluarkan dari oven masih rapuh.
  • Sebaiknya jika ingin menghias dengan menggunakan aising buttercream, kek diletakkan didalam freezer selama 15 minit ataupun sehingga sedikit mengeras.  Ini bagi menjadikan sapuan buttercream itu kemas dan tidak pecah.
  • Untuk mendapatkan hasil sapuan buttercream licin pada kek,  celupkan dengan air suam atau pun panas, dan keringkan dengan mengelap bersih  setiap kali selesai meratakan diatas kek.
via : bakingthroughmsbh.wordpress.com

  • Ratakan secara perlahan - lahan, tidak perlu tergesa - gesa kerana ini akan memberikan hasil kerja yang cantik.
  • Bagi mewarkan buttercream, gunakan pewarna makanan. Hanya letakkan beberapa titis ataupun jika gunakan gel pewarna, ambil dengan kayu pencungkil gigi dan letakkan sedikit demi sedikit sambil mengacau sehingga mendapat warna yang diingini. 
via : wilton.com



Lihat sambungan : Tips membuat kek ~ 4

Dikuasakan oleh Blogger.