Inspirasi Bake : (10 Gambar) Baking Gadgets Yang Amat Membantu Bila Nak Buat Kek.


Dalam membuat penyediaan untuk memasak kek ini, dan bila ianya dilakukan berulang kali dan kerap, pasti kita akan terifikir, kalaulah begini, kenapa tak macam nie, kan elok kalau ada ini.. 


Pelbagai soalan akan kita tanya sendiri dalam ingin menjimatkan masa dan tenaga bila memasak kek ataupun pelbagai jenis manisan.

Kami dapat kumpulkan beberapa peralatan memasak yang unik lagi praktikal yang mungkin kita boleh cari di mana - mana kedai peralatan bakeri ataupun beli secara online. 
  • Loyang Brownie - bila memasak brownie pasti kita nak hujungnya rangup kan.. brownie yang lembik dan kenyal sahaja tak cukup sedap dan meanrik untuk dinikmati. Jadi loyang sebegini akan menjadikkannya rangup bahagian tepinya dan sekaligus menjadikannya amat sedap untuk dimakan.



  • Cawan penyukat yang boleh laras - hanya gunakan satu bekas sahaja dan anda boleh sukat pelbagai bahan yang menggunakan sukatan cawan. Lebih tepat didalam bekas yang transparent begini dan lebih bagus untuk resepi.



  • Loyang untuk kek yang lompong dibahagian dalam untuk Pinata Cake ataupun Surprised Cake

  • Penghiris Strawberi - Hanya tekan dan susunkan terus atas kek, ataupun letakkan sekali lagi secara melintang, maka akan terhasilkan strawberi yang sudah dipotong dadu dan masukkan kedalam adunan kek.

  • Cop Homemade untuk Biskut - kalau anda ingin pelanggan lebih teruja dengan mengetahui yang anda sendiri menghasilkan biskut itu, boleh sahaja cop kan homemade ini kepada adunan biskut dan bakar. memang kelasss kata mereka nanti.

  • Buangkan terus bahagian dalam strawberi yang anda ingin gunakan, dan potong selebihnya untuk tujuan hiasan.

  • Buat donat semudah ini... hanya tuangkan adunan dan tutup. siapkan hiasan dan hidangkan!


  • Penyembur minyak - menggunakan ini lebih jimat dari membeli didalam tin pakai buang. Juga anda boleh tambahkan perisa dan bauan contohnya vanilla didalammnya dan semburkan kedalam loyang sebelum dituangkan adunan. 

  • Fridge pad bermagnet untuk memudahkan anda melihat resepi didalam tablet anda.

  • Pengisar tangan - yang ini direka khas untuk anda mengisar daun yang masih segar untuk dimasukkan kedalam adunan contohnya breakfast muffin. bayangkan betapa sedap dan enaknya ketika menikmati hanya seketul muffin panas dan penuh dengan bahan - bahan segar didalamnya.

Nanti kami akan cari dan kongsikan lagi sebanyak mungkin peralatan menarik yang mungkin membantu memudahkan lagi proses penyediaan kek anda nanti.
Dikuasakan oleh Blogger.