Tutorial : Cupcake dengan Hiasan Caramel & Buttercream.





Sebiji Cupcake - Lihat resepi

Buttercream diwarnakan merah dan merah jambu muda - Lihat resepi

Karamel yang dicairkan dari Karamel Butter Toffee Chocotot dan dicampurkan 1 sudu besar butter dalam proses mencairkannya.

Piping Bag

Nozzle berbentuk bintang.

Hiasan.



Bakar cupcake mengikut resepi, dan biarkan sejuk dahulu.


Setelah sejuk, paipkan buttercream yang telah dimasukkan kedalam piping bag yang mengandungi nozzle berbentuk bintang itu sehingga bertemu permulaan dan hujungnya.


Karamel Butter Toffee ChocoToT yang telah dicairkan tadi dicedok lalu di tuangkan ke bahagian tengah.

  


Tuangkan sehingga memenuhi ruang kosong itu. Pastikan ianya tidak melimpah keluar.


Akhir sekali, anda cuma taburkan hiasan, dalam gambar ini kami gunakan rice krispies bersalut coklat. namun anda boleh gunakan apa sahaja yang bersesuaian, termasuk kepingan fondant berbentuk bunga.


Akhirnya siap!

Ianya sungguh mudah, sedap dan amat sesuai dijadikan sajian minum petang ataupun sambutan harijadi untuk dewasa.

Simple dan menarik.


Selamat Mencuba!

[ Klik Disini ]

Dikuasakan oleh Blogger.