Resepi & Tutorial : Biskut Coklat Almond



Biskut ini rupanya seperti Chocolate Chip Cookies tapi agak rangup dan kenyal. Rasanya agak unik dan bagi penggemar - pengemar kacang pastinya ianya menjadi pilihan. Untuk yang ingin mengecilkan saiznya, bolehlah digunakan ice-cream scoop yang kecil supaya biskutnya menjadi bite-size sahaja. Juga anda boleh tambahkan cip coklat kedalamnya supaya menjadi lebih sedap. Selamat mencuba!




250 gram butter.
250 gram coklat masakan - dicairkan secara double-boil
190 gram gula halus
1 biji telur gred C atau kecil
200 gram Almond flakes
1 sudu teh essen vanilla

Bahan ayak
300 gram tepung naik sendiri.
200 gram tepung jagung.
2 sudu besar serbuk koko.






Sediakan loyang beserta kertas minyak.

Campurkan gula, butter dengan esen vanilla hingga kembang, kemudian masukkan telur,coklat yang telah dicairkan dan pukul lagi hingga adunan sebati.

Kemudian masukkan bahan -bahan yang telah diayak tadi dan gaulkan hingga sebati dan bercampur semuanya. Akhir sekali masukkan badam yang telah dipatah - patahkan dan gaulkan lagi hingga sekata.

Gunakan ice-cream scoop seperti ini dan scoop ke atas kertas minyak dengan mengambil jarak sedikit.



Bakar pada suhu 175'c selama 15 minit dan mula melihat samada ianya sudah bertukar warna menjadi gelap keperangan, atau kepingan almond itu telah menjadi keeemasan.


Dikuasakan oleh Blogger.