Inspirasi DIY : 12 Idea & Tutorial Botol Kaca Terpakai Yang Sesuai Untuk Majlis Anda!


Bila anda ingin mengadakan majlis, selalunya yang menjadi faktor terpenting untuk diambilkira ialah budget.

Kalau majlisnya kecil sahaja seperti harijadi, merisik, pertunangan ataupun pernikahan anda pastinya ingin menjimatkan kos memandangkan jumlah tetamu yang ingin diraikan tidaklah besar.

Anda pernah terfikirkah tentang barangan kitar semula seperti botol - botol kaca yang masih cantik untuk digunakan semula sebagai barangan hiasan?

Kalau yang popular di Malaysia rasanya ialah botol kaca sos spaghetti dan botol makanan bayi. 

Kami ingin memberikan anda beberapa idea menarik berkenaan botol kaca yang diberi nafas baru ini, dan mungkin boleh dijadikan panduan bagi anda membuat sendiri hiasan majlis anda nanti.

Anda boleh letakkannya di atas meja makanan, meja pengantin, kawasan door gifts dan dimana sahaja atau dijadikan buah tangan kepada tetamu.

Jom tengok idea menarik ini!

Penggunaan kain lace dan warna pastel. { somethingturqoise.com }


Batu transparent yang anda boleh dapatkan di kedai DIY dan hiaskannya bersama lilin.
diyready.com }




Tampalkan bentuk yang anda suka sebelum mengecat, dan inilah hasilnya nanti. Juga tambahkan kain hiasan untuk dililitkan pada botol.




Bekas kaca yang dilekatkan dengan glitter, amat sesuai bagi mereka yang memilih tema gold.
anastasiamariecards.com }





Mainan anak - anak yang sudah lama dan kecil bentuknya, boleh dilekatkan dan juga dicatkan menjadi hiasan unik lagi cantik. { www.thesweetestoccasion.com }


Dalam warna pastel pula. { leblogdecrouchette.wordpress.com }


Gunakan cat spray dan lekatkan sedikit glitter dibahagian bawahnya, hiaskan dengan bunga - bungaan.


Gunakan belon untuk memberikan rupa seolah - olah dicat. { www.brit.co }


Tutorial menarik untuk menghasilkan bentuk menarik selepas dicat. 
{ www.alittlecraftinyourday.com }



Jadikan buah tangan kepada tetamu dengan menambahkan sedikit hiasan padanya.


Monogram dari glitter yang menjadikanya nampak lebih esklusif. { myfrugaladventures.com }


Hiaskan meja utama dimajlis anda dengan gambar - gambar yang diletakkan didalam botol kaca, memang kreatif, amat sesuai bagi majlis harijadi kan? { photojojo.com }


Dikuasakan oleh Blogger.