Resepi & Tutorial : Cupcake Coklat



Ramai yang bertanya kami tentang resepi cupcake coklat memandangkan resepi kek coklat basah kami (resepi) mendapat respon yang baik dari mereka yang telah mencubanya. 

Ingin kami kongsikan pula resepi ini yang mana telah berjaya menambat hati pelanggan - pelanggan kami terdahulu. Resepinya dan juga cara membuat agak berbeza, namun hasilnya amat memuaskan hati. 

Cubalah yea.




1 /2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 biji telur
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh garam
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan air
1/2 cawan minyak sayuran
1 sudu teh cuka




Campurkan kesemua bahan kering didalam satu bekas dan kacau samada menggunakan egg whisker, senduk ataupun mixer.

Sediakan minyak, mula masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau dengan senduk, ataupun mixer.


Masukkan telur sedikit demi sedikit, dan teruskan mengacau.


Masukkan air dan akhir sekali masukkan cuka, waktu ini, anda akan lihat adunan menghasilkan gelembung.


Tuangkan kedalam paper cup sebanyak 3/4 penuh.



Ketuk adunan dan tambahkan mana yang masih tak mencapai 3/4 cawan penuh.


Bakar pada suhu 170'c selama 17 - 20 minit, mula check cupcakes pada minit ke 15.

Sejukkan dan hidangkan.

Boleh dihiaskan samada menggunakan Ganache (resepi) ataupun Butter Cream (resepi).


Dikuasakan oleh Blogger.