Inspirasi Bake : 20 idea paling kreatif mendeko kek dan cupcakes untuk Birthday!



Anda sangat pandai membuat kek, kek anda sedap, ramai yang memuji, tapi anda tak pandai nak jadikan kek tu cantik.

Ok, bolehla dikatakan anda nie pandailah sedikit bab mendeko nie, anda kreatif, tapi masih kurang arif bab piping ataupun menguli fondant untuk menghasilkan kek yang termasuk dalam kategori cantik untuk dipandang.

Kata orang, kek yang sedap sebaiknya perlu datang dengan rupa yang cantik juga, kalau tak kuranglah excitement - nya nanti.

Jangan risau! kami nak bawakan idea super-kreatif khas untuk anda supaya lepas ini menghasilkan kek sendiri umpama datang dari kedai yang ternama.

Jom tengok apa yang anda boleh buat!


1. Kek dengan bunting comel begini memang tak pernah silap. Memang apa jua kek pun akan nampak comel dengannya.

Dapatkan printable ini secara percuma di { YellowBlissRoad.com }




2. Anda mempunyai ahli keluarga yang minat berkebun ataupun menanam pokok? 

Tampil kreatif dengan membuat kek yang penuh dengan tanah dan taburan batu dipermukaanya. Tanah itu datang dari biskut coklat yang dihancurkan, manakala batu - batuan itu anda boleh dapat dari kedai yang menjual pelbagai gula - gula, kalau tak silap kami kiosk Famous Amos pun ade.

Kalau nak letakkan hiasan pokok - pokok comel itu terpulang, boleh sahaja anda basuh bersih - bersih dan keringkan pokok yang kita boleh makan dan hiaskan.

Lihat tutorial di { InKatrina’sKitchen.com }



3. Ini salah sebuah hiasan yang sangat popular, hanya penuhkan keseluruhan permukaan kek dengan colourful sprinkels dan anda akan dapat sebuah kek yang sangat comel dan cantik. { EndlesslyInspired.com }



4. Bila tengok macam nie, nampak macam susah sahaja kan?

Sebenarnya anda hanya perlukan aising yang sudah diwarnakan dan diletakkan ke dalam piping bag dan juga sebatang sudu sahaja.

Jom tengok di { TheCakeBlog.com }



5.  Tengok pun dah nampak betapa cantik dan mudahnya nak buat kan?
Anda hanya perlukan pelbagai jenis sprinkles, dan cookie cutter sahaja!



6. Hias menggunakan buah - buahan kering beserta gula - gula yang mudah didapati di kedai. { SprinkleBakes.com }



7. Cara paling cepat ialah dengan menggunakan marshmallow dan juga sprinkles! Kalau anda nak dapatkan sprinkles bersaiz besar ini, hanya gunakan gula - gula seperti smarties, m&m dan mentos sahaja! { StudioDIY.com }



8. Beli coklat Smarties ataupun M&M, anda sudah dapat menghasilkan kek yang sangat awesome! InKatrina’sKitchen.com }



9. Si kecil ingin menjadi angkasawan? Surprise-kan mereka dengan kek yang kelihatan seperti bulan. Dan pastinya kita perlu tukarkan bendera itu kepada bendera negara kita. Pastinya satu hari nanti impian  sikecil akan tercapai. 

Kek coklat basah { Resepi }



10. Anda boleh beli di mana - mana pasar marshmallow bewarna - warni ini dan hanya lekatkannya pada kek seperti ini. Jadikannya sebagai kek harijadi sikecil, pastinya mereka teruja! { AlanaJonesMann.com }



11. Bagi yang ada peralatan mendeko seperti nozzle bintang dan juga piping bag, bolehlah buat begini dengan hanya mewarnakan buttercream itu dengan pelbagai warna dan tutupkan keseluruhan kek dengannya. { TheCookieWriter.com }



12. Splish and Splash cake! 

Hanya bancuh royal icing dalam pelbagai warna dan anda boleh mula melakar karya seni atau mungkin boleh beri peluang sikecil untuk lakukannya. Hasilnya pasti tidak akan mengecewakan. { MyNameIsYeh.com }



13. Minimalis.

Melihatkannya sahaja anda sudah boleh bayangkan betapa mudah untuk membuatnya. Anda hanya perlukan sanding sugar yang bewarna warni dan hanya taburkan dengan membentuk satu garisan lurus dan amat sesuai dijadikan kek harijadi untuk para remaja. kan? { ASubtleRevelry.com }



14. Jom beli beli banyak - banyak lolipop dan cucukkan sahaja pada kek. Idea genius dari { youaremyfave.com }



15. Untuk majlis perkahwinan pula, anda cuba lebihkan bajet dengan membuat kek bertingkat dan beli buah - buahan yang cantik dan mahal ini. hanya lekatkan pada kek, dan anda sudah mendapat kek perkahwinan yang sihat lagi indah.



16. Cereal sarapan yang bewarna - warni ini sangat cantik dijadikan tema taman pada kek. Cuma anda perlu tambahkan fondant yang diwarnakan hijau sebagai batang pokok. { HandmadeCharlotte.com }



17. Stencil yang anda boleh buat sendiri dengan hanya printkan pada kertas dan potong untuk membentuk nombor. Lebih mudah dibuat bila kek coklat ini disalut dengan coklat yang sudah kering, dan hanya taburkan gula aising mengikut stencil itu sahaja. {  Love&OliveOil.com }



18. Gunakan soft chewable cookies untuk  dijadikan hiasan, supaya tidaklah terasa terlalu lemau bila dimakan nanti. Lebih kreatif bila digunakan sour candy yang digunting cantik sebagai daun dan batang. { SuperMakeIt.com }

 

19. Tak susah nak sesuaikan tema colourful untuk kek anda bila anda hanya perlukan gel pewarna dan  juga berus untuk mewarnakannya pada buttercream ataupun fondant yang bewarna putih. {  Sugar&Cloth.com }



20. Akhir sekali, gunakan Trix cereal sebagai hiasan yang paling mudah dan juga kreatif! { ABeautifulMess.com }


Semoga lepas nie kita dah tak takut lagi bila nak mendeko dan merasakan yang kita tak cukup ilmu.. kreativiti mengatasi segalanya!

Dikuasakan oleh Blogger.