Resepi & Tutorial : Cupcake Vanilla Badam.


Resepi ini pastinya menjadi kesukaan bagi mereka yang kurang gemarkan asing butter cream sebagai topping.

Boleh dimakan terus begitu sahaja dan amat sesuai dijadikan snek pada waktu petang.







1 2/3 cawan tepung serbaguna / gandum
1/2 sudu teh baking powder 
1/4 sudu teh baking soda 
1 cawan gula kastor
1/4 cawan butter - dicairkan
1/4 minyak sayuran atau canola 
1/4 sour cream 
3/4 air masak 
2 biji putih telur 
1 biji kuning telur
2 1/2 tsp ekstrak vanilla  
1 1/2 tsp ekstrak almond




Panaskan oven pada suhu 175'c dan sementara itu sediakan paper cups didalam loyang.

Campurkan butter yang telah dicairkan bersama minyak dan gula dan kacau. Masukkan ekstrak vanilla dan teruskan mengacau.


Kemudian masukkan air dan teruskan mengacau.


Tambahkan satu kuning telur tadi dan teruskan mengacau.


Ayakkan bahan kering seperti tepung, garam, baking powder dan baking soda dan masukkan sedikit demi sedikit kedalam adunan cair sehingga bercampur sebati semuanya.


Pukul putih telur sehingga kembang (lebih kurang 2 minit dipukul tanpa henti) dan fold kedalam adunan yang telah sebati itu.


Gunakan scoop ice-cream dan masukkan adunan kedalam paper cup.


Hentakkan supaya tiada gelembung udara dan hiaskan dengan kepingan badam.


Bakar pada suhu 175'c selama 15 - 18 minit. 


Jika anda ingin menghiaskannya dengan asing, boleh lihat { resepi buttercream }

Selamat mencuba!


Dikuasakan oleh Blogger.