Inspirasi Bake : [ Video ] Ramai sangat yang suka, kami kongsikan cara membuat No Bake Cheesecake, Tak Perlu Bakar Apa Pun!



Ramai sangat yang meminati kek ini berdasarkan sambutan menggalakan yang menonton video ini di Facebook page kami. Jadi kami ingin berkongsi lagi video - video tutorial berkenaan no bake cheesecake ini, namun kali ini kami sertakan resepi kami yang sudah kami cuba dan amat suka untuk  anda cuba membuatnya.

No Bake Oreo Cheese Cake cara TotBakeDesign




1 paket biskut oreo
50gram butter
200gram whipping cream
250gram cream cheese/yogurt/susu segar
2sudu kecil serbuk gelatin halal




Asingkan biskut oreo dari creamnya. (Lebihan cream akan diletakkan dalam inti cream cheese nanti.)

Hancurkan biskut oreo sehingga halus untuk dijadikan cake base.

Cairkan butter dan campurkan bersama biskut oreo.

Masukkan ke dalam loyang yang sudah dilapiskan kertas minyak dan tekan sehingga ke hujung dengan mampat serta rata ke seluruh bahagian. Ketepikan dan simpan di dalam peti.

Pukul whipping cream, cream cheese, yogurt / susu segar sehingga kembang. Tambahkan sedikit esen vanilla sebagai pewangi.

Masukkan gelatin yang telah dicairkan dengan air panas ke dalam kisaran. (2 sudu serbuk gelatin larutkan ke dalam suku cawan cawan air panas)

Masukkan sedikit crumbs oreo untuk beri rupa yang cantik macam sprinkles dalam kek nanti.

Adunan cheese cake yang telah siap dah boleh dituangkan ke dalam bekas acuan yang telah disejukkan.

Hiaskan kek anda mengikut kreativiti dengan lebihan biskut oreo. Letakkan jem atau buah-buahan sebagai topping tambahan.

Biarkan di dalam peti selama 3 jam untuk mendapatkan kek yang lebih padat dan creamy.


Dikuasakan oleh Blogger.