Resepi & Tutorial : Jangan buang lebihan kek, jom belajar buat Cupcake Cake Pops ataupun Cupcake Truffles dengannya!

Cake pops ini bentuknya sama seperti lollipops. Ianya dihasilkan dari serbuk kek yang sudah dicampurkan dengan aising buttercream ataupun aising ganache dan dibentukkan selalunya bulat sama seperti bebola kek. Setelah dibentukkan bulat dan dikeraskan pada batang lollipops, anda boleh terus menghiaskannya dengan pelbagai hiasan.


Contoh - contoh Cake Pops.

 


Selalunya cake pops ini terhasil bila kita mempunyai banyak lebihan kek dan tak mahu membazir.

Cake truffles pula sama seperti cake pops itu cuma tidak perlu dicucukkan batang lollipop padanya. Cake truffles dibentukkan bulat seperti bebola dan dihias sama seperti cake pops.

Contoh - contoh Cake Truffles.


 

Kali ini kami nak kongsikan cara - cara membuat cake pops dan juga cake truffles daripada lebihan kek yang telah pun dihancurkan. Cuma kami cuba buat ianya nampak lebih menarik dengan membentukkannya seperti cupcakes.







lebihan kek yang telah dihancurkan
lebihan aising buttercream ataupun ganache
batang lollipops
coklat - dicairkan secara double boil
coklat putih - dicairkan secara double boil
sprinkles
1 sudu butter.



Hancurkan lebihan kek hingga menjadi seperti biji pasir, dan masukkan aising buttercream sedikit demi sedikit sambil mengaul rata.



Cairkan kedua - dua coklat secara double boil dan tambahkan 1 sudu butter pada setiap coklat apabila sudah cair untuk menjadikkanya lebih sedap dan berkilat.

Tutup api dan biarkannya sejuk.





Sementara itu bentukkan adunan kek bercampur aising tadi kepada bentuk yang anda mahukan, disebabkan kami nak buat bentuk cupcakes, jadi kami buat begini.


Terpulang pada kreativiti anda yea.


Selesai dibentukkan, anda masukkan seketika kedalam peti sejuk, dalam 15 minit pun ok dah, tapi kalau lebih lama lagi bagus.


Keluarkan seketika dan bila sudah keras, boleh terus cucukkan batang lollipops itu dibahagian bawahnya.

Sebelum cucukkan batang lollipops itu, celupkan dahulu batang itu kedalam coklat cair dan barulah cucukkannya. Ianya akan menjadi seperti gam bagi memegang cake pops dengan batang lollipops itu.

Ketika masih sejuk ini, anda boleh celupkan atapun lumurkan coklat cair pada cake pops anda.


Disebabkan cake pops itu sejuk, coklat lebih mudah mengeras. Untuk mendapatkan kemasan pada cake pops, anda boleh celupkan ataupun lumurkan sekali lagi coklat cair itu.


Bila sudah berpuas hati dengan kemasan coklat, anda boleh mula menghias. Mula - mula kami celupkan pada coklat putih yang juga sudah dicairkan seperti didalam gambar ini.


Selepas itu taburkan sprinkles bewarna - warni diatasnya sehingga anda berpuas hati.


Biarkan ianya kering.


Bagi membuat cupcake truffles pula, anda hanya perlu mencelupkannya kedalam coklat cair tadi ataupun tuangkan coklat cair itu kedalam paper cups yang sudah diletakkan truffles itu tadi.


Gunakan coklat putih untuk hiasan, ikutlah kreativiti anda macam mana pun.


Bila siap anda boleh simpan didalam peti dan jadikan snek bila terasa nak makan kek. Saiznya yang kecil itu boleh buat anda makan dengan begitu berhemah bila teringin nak makan benda - benda manis.

Kalau nak buat majlis harijadi, memang sesuai sangat dihidangkan untuk kanak - kanak, saiznya yang kecil molek tu buat mereka lebih teruja!


Selamat Mencuba!


[ Klik Disini ]

Dikuasakan oleh Blogger.