Info & Tips : Kenali Jenis - Jenis Tepung


TEPUNG NAIK SENDIRI/SELF RAISING FLOUR


Tepung naik sendiri mempunyai kandungan serbuk penaik berserta sedikit soda penaik (baking powder / soda bicarbonate). Tepung jenis ini banyak dijual di pasaraya. Namun jika tiada, ayakkan 250gm tepung gandum dengan 1 sudu makan serbuk penaik. Hasilnya tetap sama.


TEPUNG SUPERFINE atau SOFT FLOUR

Tepung Superfine, teksturnya halus seperti self raising flour namun tiada sebarang bahan penaik didalamnya. Tepung ini dikatogerikan sebagai tepung low protien.


TEPUNG ROSE atau TEPUNG BISKUT
shopmrben.com
Tepung Rose ada mengandungi bahan yang boleh merangupkan biskut. Biskut yang diperbuat dengan tepung rose akan menjadi lebih rangup jika dibandingkan dengan biskut dari tepung gandum. Tepung Rose juga dikenali sebagai Tepung Top atau Tepung cookies. Ianya amat sesuai untuk membuat biskut almond london.
















TEPUNG HONG KONG

www.samsgroceria.com
Tepung Hong Kong juga dikenali sebagai Water Lily Flour, iaitu sejenis tepung yang sangat putih dan sering kali digunakan untuk membuat pau. Sesetengah kedai membekalkan peralatan kek atau biskut tidak menjual tepung jenis ini kerana ia mudah rosak (sama ada berkutu atau berkulat). 

















TEPUNG PULUT
Glutinous rice flour ialah tepung pulut (berwarna putih) dan diimpot dari Thailand. Plastik pembungkusannya hampir sama dengan plastik tepung beras jadi, jangan terkeliru. Ianya dihasilkan dengan teknologi moden sehingga semua kandungan khasiat yang ada pada beras tidak hilang. 

Tepung ini juga mengandungi 100% beras merah asli. Yang dimaksudkan dengan beras merah bukanlah beras itu berwarna merah tetapi beras yang telah dibuang bahagian merah pada mata padinya. Ianya kaya dengan vitamin E dan B serta mudah dicerna.






TEPUNG WHOLEMEAL atau TEPUNG ATTA
www.priceza.com.my

Tepung wholemeal atau tepung atta banyak mengandungi serat gandum yang tidak hancur. Tepung ini tidak boleh diayak. Sesuai untuk membuat roti gandum dan capati. Hasil roti atau muffin yang menggunakan tepung ini agak berat (heavy-textured).
















TEPUNG HOEN KWEE
myresepi
Tepung hoen kwee digunakan untuk buat kuih muih bagi sesetengah masyarakat. Namun di pasaran tepung jenis ini mempunyai pelbagai jenis warna pembungkusnya. Plastik berwarna oren mempunyai adunan tepung kekuningan (pastel yellow). 

Manakala plastik hijau mengandungi adunan tepung kehijauan (pastel green) tetapi anda perlu mencampurkannya dengan jus pandan dan beberapa titik pewarna hijau untuk mendapatkan warna yang terang. Sementara plastik biru mengandungi adunan tepung putih. Pembuatan Kuih Lapis ada menggunakan tepung ini.




TEPUNG KASTAD

Selain mewangikan, tepung kastad akan membuat tekstur kek menjadi lebih rapat. Anda boleh gantikan tepung kastad dengan tepung gandum jika suka. 

















TEPUNG UBI
Tepung kanji adalah tepung ubi kayu (lebih meliatkan adunan) namun bagi sesetengah tempat, biasa juga menggantikannya dengan tepung sagu (sago flour).


















TEPUNG JAGUNG

Tepung jagung fungsinya untuk memekatkan walaupun agak berbeza dari penggunaan tepung ubi. Ianya berasal daripada biji jagung.

















TEPUNG BERAS

Terdiri dari gluten-free, diperbuat daripada beras yang dimesin halus. Banyak digunakan dalam membuat kuih tradisional [kueh apam, lapis, talam] dan juga sebagai bancuhan gorengan kueh, Juga untuk pembuatan bihun dan laksa.















TEPUNG SAGU
www.titanbaking.com

Terdiri dari tepung yang gluten-free. Dibuat dari bahagian tengah pohon sagu. Batang pokok sagu dikisarkan dan direndamkan supaya sagunya mendap. Mendapan ini dikeringkan dan dijadikan tepung. Selalunya digunakan dalam membuat bubur, lempeng ataupun keropok.







Tepung kek atau cake flour tidak banyak bezanya dengan superfine flour (boleh dibeli di dalam kotak) tetapi, anda akan dapat hasil yang agak sama jika anda mengayak tepung gandum sebanyak 3 kali.












TEPUNG OPTIMA



Tepung Optima adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya. Tepung Optima ini adalah tepung yang telah siap sedia untuk membuat Kek Sponge. Apa yang perlu kita buat adalah hanya masukkan telur, air mentega dan tepung optima. Pukul adunan itu semua dengan mixer sehingga adunan menjadi pekat dan likat. Kemudian ia sedia dibakar.













TEPUNG KACANG HIJAU

Selalu digunakan untuk membuat kuih koleh kacang dan kuih tepung gomak. Terhasil dari kacang hijau yg digorengkan tanpa minyak, kemudian dibuangkan kulitnya dan dikisarkan menjadi tepung. Banyak dijual di kedai dalam paket bewarna agak kekuningan. Tepung ni berbeza dari tepung hoen kwee.











kucingorengemok.blogspot.my

TEPUNG BISKUT MARIE

Sejenis tepung yang selalu digunakan dalam pembuatan kek lapis. Ia terhasil daripada biskut marie yang dikisar halus dan diayakkan. 

[ Klik Disini ]

Dikuasakan oleh Blogger.