Tips membuat kek ~ 5


sambungan dari : Tips membuat kek ~ 4



1. Pastikan semua bahan seperti mangkuk pengadun dan spatula dalam keadaan kering dan bersih.



2. Bahan-bahan kering seperti tepung, baking powder, baking soda dan garam hendaklah di gaul rata dan diayak bersama terlebih dahulu. Kek akan lebih gebu bila kita menggunakan bahan yang telah di ayak. 





3. Masukkan tepung dengan menggunakan spatula dan kaup balik adunan dalam satu arah pusingan sehingga sebati. Jangan terlalu mengaul adunan tepung kerana ia akan menghasilkan kek yang mampat dan tidak gebu, cukup sekadar tepung sebati dengan adunan mentega.



4. Jika membahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan menambahkan bahan lain seperti pewarna dan buah-buahan kering, lakukan dengan hanya menggunakan spatula dan dengan di kaup balik perlahan agar adunan tidak turun.


5. Loyang perlulah di leserkan dengan butter terlebih dahulu dan alaskan dasar loyang dengan baking paper.

6. Ketuhar hendaklah di panaskan 15 minit lebih awal sebelum kek di masukkan ke dalam ketuhar. Membakar kek tanpa memanaskan ketuhar terlebih dahulu akan menyebabkan kek rosak.

7. Jangan keluarkan kek terus dari loyang selepas di bakar. Sebaiknya tunggu kek benar-benar sejuk dan mantap baru lah boleh di keluarkan.

8. Kek yang di kukus pula, perlulah di panaskan kukusan terlebih dahulu. Balut tutup kukusan dengan kain supaya air dari tutup kukusan tidak menitis atas kek dan merosakkan rupa dan teksturnya. Atau boleh juga loyang kek di tutup permukaannya dengan kertas aluminium foil.


9. Kek yang sedang di bakar atau dikukus tidak boleh di buka pintu oven atau tutup kukusan pada 45 minit pertama proses memasak. Ini untuk mengelakkan proses kejadian kek.

10. Untuk menguji kek yang telah masak, cucuk tengah kek dengan lidi secara menyerong dan jika ia keluar licin ini bermakna kek anda telah masak sempurna.







Dikuasakan oleh Blogger.