Tutorial : Bunga Fondant Dengan Daun Buttercream.



Cupcakes dengan dekorasi bunga - bungaan ini memang ramai yang suka. Terutamanya mereka yang nak celebrate birthday dengan kawan perempuan, ataupun ada yang jadikan ianya sebagai hantaran. Kalau jadikan door gift pun cantik kan, mesti geram jea sesiapa yang dapat cupcakes bercorak bunga - bungaan ini sebagai hadiah.


Kalau selalunya anda order, apakata kali ini cuba buat sendiri dengan melihat tutorial dibawah.



  • fondant yang sudah ditekapkan berbentuk bunga menggunakan flower plunger,

flower plunger

  • buttercream yang dibancuh dengan warna hijau,
  • buttercream yang dibancuh dengan warna merah atau gold ball


  • piping bag,

  • nozzle leaf.

Wilton 402-366 Large Leaf Tip #366






  • Sapukan buttercream pada cupcake supaya permukaan nampak kemas, tak kisah warna apa, kalau warna putih lagi menarik bunga - bungaan tu nanti.




  • Paipkan buttercream berbentuk daun secara berpasangan.


  • Buat dua atau tiga pasang, bergantung pada macam mana anda nak cupcake itu nampak menarik, lagi banyak lagi cantik.



  • letakkan bunga - bungaan fondant yang sudah ditekap dan arrange ikut kreativiti anda.



  • Akhir sekali, tambahkan dot merah pada bahagian tengah fondant ataupun letakkan silver / gold ball supaya nampak lagi 'hidup'.



Tak susah nak membuatnya kan? 

Apakata hujung minggu ini anda cuba, tinggalkan komen anda jika telah mencuba, atau jika ada sebarang pertanyaan. 

Selamat mencuba!

[ Klik Disini ]

Dikuasakan oleh Blogger.