Resepi & Tutorial : Aising Butter Cream Krimwell



Bila membuat aising butter cream, bagi proses deko piping, selalunya ramai yang mengatakan mereka mempunyai masalah untuk mendapatkan tekstur aising yang tegap, kemas dan juga tak mudah cair dalam suhu cuaca kita di Malaysia ini.

Jadi, ingin kami ingin kongsikan bagaimana caranya untuk mendapatkan kualiti piping seperti didalam gambar cupcake bouquet itu. Untuk tempahan seperti itu selalunya kami gunakan Royal Icing yang mana akan mengeras dan maintain sepanjang masa, tapi ada pelanggan yang akan meminta kami untuk menggunakan krim aising kerana pada mereka lebih sedap untuk dimakan berbanding royal aising. 

Jadi kali ini kami ingin berkongsi kenapa ada sesetengah tempahan kami gunakan krimwell 100% dan ada yang menggunakan sedikit butter. Ini kerana ianya bergantung pada bagaimana kita inginkan keadaan cupcake itu bertahan hingga sampai kepada penerimanya.

Contohnya jika anda nak simpan didalam peti dan gunakan kotak khas untuk pastikan ianya sejuk, maka gunakan yang dicampurkan butter untuk lebih rasa aromanya.

Namun kalau untuk dibiarkan pada suhu bilik, lebih - lebih lagi dalam waktu yang lama, contohnya sebagai hantaran perkahwinan, yang mana agak lama dibiarkan, maka seeloknya gunakan resepi ini.

Sebenarnya resepi agak banyak digunakan dalam pembuatan bakeri negara kita ini. Ianya kerana hasilnya lebih cantik dan rasanya lebih enak bila ditambahkan perasa samada vanilla ataupun butter. Jika kita menggunakan majerin, anda sukar nak dapat tekstur yang cantik dan rasanya agak kurang enak. 

Jadi, jom tengok bagaimana nak buat aising jenis ini pula yea.





  • 1 kg krimwell
  • 1 sudu besar perasa vanilla
  • 1/2 kg gula icing (ayakkan)
  • 1/2 cawan air sejuk ais yang disimpan didalam peti sejuk.




Pukul krimwell dengan kelajuan tinggi sehingga kembang.



Masukkan perasa vanilla dan teruskan memukul sehingga sebati.



Masukkan gula icing yang telah diayak dan pukul hingga rata.


Teruskan memukul.


Masukkan air ais tadi dan teruskan memukul.. waktu ini aising butter cream akan menjadi lebih padat dan cantik teskturnya.


Bila nampak kembang dan kemas bolehlah digunakan untuk dipaipkan pada kek ataupun cupcakes. Untuk yang ini kami campurkan sedikit fresh strawberries untuk memberikan rasa buah yang sedap pada aising tu.


Selamat mencuba!

[ Klik Disini ]

Dikuasakan oleh Blogger.